Isu Dakwaan Masalah Rumahtangga, Netizen ‘Berkampung’ Di Ruangan Komen Instagram Hafidz Roshdi

Sponsored

Sejak akhir-akhir ini kecoh dengan kisah rumahtangga selebriti yang mana ada orang ketiga, curang dan sebagainya. Kekecohan ini bukan melibatkan satu pasangan namun beberapa selebriti lain.

Salah satunya adalah dakwaan pelakon, Hafidz Roshdi yang dikatakan curang dengan wanita lain. Untuk info, pelakon ini sudah pun berkahwin dan memiliki dua orang anak. Dakwaan tersebut lebih hangat lagi diperkatakan selepas Hafidz Roshdi dikatakan memadam gambar isterinya di media sosial.

Sponsored

Bagaimanapun Hafidz Roshdi menepis dakwaan tersebut dan memaklumkan kepada orang ramai rumahtangganya baik-baik sahaja. Biarpun begitu, hari ini tular pula dengan perkongsian oleh isteri Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada yang seolah memberi bayangan tentang dakwaan suaminya itu curang adalah betul.

Berikut antara yang diluahkan oleh isteri pelakon ini menerusi akaun Instagram stories miliknya baru-baru ini:

Sponsored

Disebabkan kisah ini tular, netizen ‘berkampung’ di ruangan Instagram milik Hafidz Roshdi dengan pelbagai luahan pendapat masing-masing.

Berikut antara komen yang mana netizen ‘berkampung’ di Instagram milik pelakon itu mengenai isu curang ini:

Sponsored

“Andai one day kau jatuh Apis..Ingatlah ada satu hati yang kau sakiti…Dulu saay dia kawen dengan kau orang kutuk dia tak lawa tak padan dengan kau tapi kau protect dia…”

“Lain kali kalau curang, jujur je bro..Jangan pusing sana pusing sini, last2 terciduk, kantoi. Kesiankan la isteri..If tak kesian dekat isteri, tengok la muka anak2”

“Harap kau jaga la hati isteri dan anak2 baik2. Buang masa tu semua, apa yang ada depan mata hargai sebelum semuanya musnah, kerjaya pun hancur nanti…”

“Dah lah sikit habuk tak senangkan isteri dan anak2. Muka hauk. isteri anak hidup ala kadar je. Tu pun tak bersyukur..”