Isteri Akhirnya Dedah Hafidz Roshdi Curang Dengan Wanita Lain?, “Lagi Advanced Dari Ira Kazar…”

Sponsored

Sebelum ini, pelakon Hafidz Roshdi terpalit dengan kontroversi apabila ada yang mendakwa bapa kepada dua cahaya mata ini curang dengan wanita lain. Dakwaan itu dikuatkan lagi dengan tindakan pelakon itu yang memadamkan gambar isterinya di akaun Instagram.

Namun Hafidz menafikan dakwaan itu dan mengatakan hubungan dia dan isteri dalam keadaan yang baik sahaja. Terbaru, isteri pelakon itu, Nurul Shuhada tampil memuat naik beberapa perkongsian di akaun Instagram seakan-akan memberi bayangan bahawa dakwaan curang itu adalah benar.

Sponsored

Menerusi hantaran yang dikongsikan itu, Shuhada meluahkan rasa kecewa dengan sikap ‘penyondol’ yang mengganggu rumah tangganya bersama suami. Menurutnya, ‘penyondol’ itu bukan sahaja telah membuatkan dia dan anak-anak menderita malah cukup berani datang ke rumah mereka.

“Kepada you, thank you sebab sakitkan i dengan anak-anak i yang tak berdosa, thank you sebab jadi perempuan yang ambil abah anak-anak i. Thank you sebab runtuhkan rumah tangga i.”

Sponsored

Isteri pelakon itu turut mengingatkan kaum wanita untuk berhati-hati dalam mempercayai orang lain. Dia juga mengakui berasa menyesal kerana terlalu bersangka baik sebelum ini kerana ia akhirnya memakan diri sendiri pada akhirnya.

Dalam masa yang sama, Shuhada memberitahu dia boleh sahaja membongkarkan tentang identiti ‘penyondol’ yang dimaksudkan namun dia tidak mahu melakukannya. Tambahnya, tindakan ‘penyondol’ ini jauh lebih teruk dari Ira Kazar yang dikaitkan sebagai orang ketiga dalam rumah tangga Puteri Sarah sebelum ini.

Sponsored

“Ni bukan set set Ira Kazar, ni lagi advanced dari Ira Kazar. At least Ira Kazar tahu malu tak pernah datang rumah. Ni spesies terkutuk punya perempuan…”

Terdahulu, seorang pelakon lelaki dilaporkan kantoi menghantar mesej lucah kepada seorang wanita dan perkara ini telah diketahui oleh isterinya sendiri. Isu kecurangan pelakon itu dikuatkan lagi dengan dakwaan pelakon itu telah memadamkan gambar isterinya dari Instagram dan hanya membiarkan gambar anak-anaknya sahaja di akaun itu.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.