Kau Ilhamku antara lagu yang mana penyanyinya dikenali dengan nama Man Bai cukup popular. Lagu dengan lirik dan melodi ringkas ini turut menjadi siulan anak muda satu ketika dulu.
Malah lagu Kau Ilhamku ini masih relevan dan dikeudarakan di radio-radio tempatan. Selain lagu Kau Ilhamku, Man Bai juga turut popular menerusi karya-karyanya yang lain.
Terbaharu satu rakaman memaparkan Man Bai nyanyikan lagu buat gadis di restoran yang sedang sambut hari jadi bersama rakannya telah mencuri perhatian warganet.
Dalam rakaman tersebut kelihatan Man Bai yang duduk di meja sebelah dua gadis berkenaan mendendangkan lagu Kau Ilhamku sebagai hadiah hari jadi kepada individu berkenaan. Berikut adalah perkongsian rakaman penyanyi lagenda ini belanja suara itu:
Perkongsian rakaman dengan paparan Man Bai nyanyikan lagu buat gadis di restoran yang sedang sambut hari jadi bersama rakannya ini telah dimuat naik menerusi akaun TikTok dengan nama frh_aqlh dan meraih ratusan ribu tontonan.
Nampaknya ramai juga yang turut tumpang gembira menyaksikan penyanyi lama, Man Bai selamba belanja suara ini di tempat umum. Malah meninjau di ruangan komen, ramai akui gadis tersebut bertuah dan Man Bai dipuji sempoi.
Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian ini:
“Legend #favsong. Malah orang foreigners pun tahu lagu ni. Farah sangat bertuah. I am jealous”

“Omg he is a legend! My go to karaoke! Bestnyer u dapat private concert!”

“Sir Mambai. Terima kasih bawa memori zaman kanak-kanak saya balik. Simple song but full memories”

“Birtday gift paling mahal ni”
