Isu Rayuan Kes Saman Ali Puteh Ditolak, Hidayah Enggan Ulas Tak Rasakan Sudah Menang

Sponsored

Kisah kes saman yang melibatkan balu arwah Abam, Hidayah dan Ali Puteh nampaknya masih belum reda. Semalam dilaporkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak rayuan Ali Puteh dan tiga ahli keluarganya berhubung bayaran ganti rugi saman fitnah terhadap Nor Hidayah.

Difahamkan kes saman Ali Puteh ini difailkan kerana pelawak dan keluarganya mengeluarkan kata-kata mengaibkan kakak iparnya itu di Instagram.

Sponsored

Hidayah tidak mahu keruhkan lagi keadaan

Bagaimanapun menerusi laporan BH Online, Hidayah tidak mahu mengulas keputusan mahkamah yang memerintahkan Ali Puteh dan keluarganya membayar ganti rugi berjumlah RM60,000 itu.

Menurut ibu tunggal ini, dia lebih selesa mendiamkan diri bagi mengelakkan keadan menjadi lebih keruh dan juga boleh menyebabkan kemelut dengan keluarga arwah Abam.

Sponsored
Hidayah dan anak lelakinya

Tak anggap keputusan itu sebagai perkara harus dibanggakan

Ibu kepada cahaya mata lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey, 3, itu juga tidak menganggap keputusan mahkamah yang menolak rayuan kes saman Ali Puteh itu sebagai perkara yang harus dibanggakan.

Selain dari itu, Hidayah juga akui tidak merasakan sudah menang dengan keputusan mahkamah tersebut kepada Berita Harian sebelum ini.

Sponsored

“Tidak… saya langsung tidak merasakan sudah menang,” Ujar Hidayah.

Untuk info, sebelum ini Norhidayah memfailkan saman dengan jumlah keseluruhan bernilai RM900,000 terhadap adik iparnya sekeluarga atas tuduhan mengambil harta Abam dan harta anak yatim.

Malah isu antara Siti Nor Hidayah dan keluarga bekas suaminya itu tercetus selepas Allahyarham Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan meninggal dunia pada 10 Februari 2020.

SumberBH Online