Zizi Kirana Jelaskan Tweet Mengenai Penipu Dikatakan Ada Kaitan Dengan Suami, “Saya Dan Suami Baik2 Sahaja”

Sponsored

Kecoh di media sosial semalam apabila seorang penyanyi dikenali dengan nama Zizi Kirana menulis di Twitter peribadinya mengenai penipu yang sentiasa akan menipu.

Disebabkan ciapan (Tweet) tersebut, nama Zizi Kirana ini menjadi bualan hangat warganet. Malah tulisan Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil atau lebih dikenali dengan nama Zizi Kirana ini turut menjadi tanda tanya mengenai hubungan penyanyi ini dengan suaminya dalam masalah.

Sponsored

Tweet jadi tanda tanya

Dalam tulisan tersebut Zizi Kirana menulis wanita sering menggunakan perasan dan disebabkan itulah mood tidak menentu. Tetapi lelaki pula banyak menggunakan akal panjang mereka untuk melakukan perbohongan.

Hanya emosi selepas tonton sinetron

Walau bagaimanapun, memetik laporan mStar baru-baru ini Zizi Kirana jelaskan mengenai Tweet yang menjadi tanda tanya ramai itu. Menurut penyanyi berusia 37 tahun ini, tulisannya di Twitter itu ditulis mengikut emosi selepas menonton sinetron Indonesia.

Sponsored

Zizi Kirana Jelaskan hubungannya dengan suami baik-baik je

Judul sinetron tersebut adalah Mendua dan ia adalah adaptasi drama Doctor Foster yang memaparkan kisah kecurangan seorang lelaki. Tambahnya lagi, Zizi dan suami baik-baik sahaja dan ciapan tersebut tiada kena mengena dengan hubungannya dengan Yusuf.

Zizi Kirana dan suami, Yusuf Bahrin

“Ya Allah, kami berdua baik-baik sahaja. Saya tweet tu sebab geram tengah tengok drama Indonesia, Mendua. Biasalah perempuan kan. Baru episod 2 saya dah geram,” kata Zizi Kirana

Sponsored

Untuk info, Zizi Kirana dan suaminya yang juga seorang pelakon, Yusof Bahrin telah mendirikan rumahtangga pada 19 September tahun lalu selepas sebulan bertunang.