Foto Hun Haqeem jadi bualan peminat, “Agak2 dia ni tahu tak eh, dia hensem”

Sponsored

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan pelakon, Hun Haqeem. Namanya semakin meningkat naik apabila membintangi sebuah drama berjudul Kampung People yang menjadi fenomena dalam dunia lakonan. Kampung People juga dibintangi oleh pelakon, Elly Mazlein, Riena Diana dan ramai lagi yang mana Hun Haqeem pula membawa watak sebagai Jekfer.

Selain drama Kampung People, Hun Haqeem juga semakin mendapat perhatian dalam beberapa drama lain yang mana bakatnya dalam dunia lakonan membuatkan dia telah menjadi hero kegemaran drama tempatan. Meskipun semakin ramai pelakon-pelakon lelaki baharu dalam dunia lakonan kini namun Hun Haqeem masih sahaja sering menjadi sorotan ramai.

Sponsored

Sering jadi perhatian peminat

Seperti selebriti lain, Hun Haqeem juga sering mendapat perhatian di Instagram miliknya. Apa sahaja dikongsikan tentu meraih ribuan tanda suka. Hun Haqeem bagaimanapun difahamkan sedang terlibat dalam sebuah drama bersiri baru berjudul Chinta. Berkongsikan perkembangan dirinya, Hun Haqeem bagaimanapun mengundang ramai peminat teruja.

Sponsored

Ini kerana dia memuat naik beberapa keping foto yang memaparkan penampilan serta gaya rambutnya kelihatan berbeza sehingga sekali lagi membuatkan peminat tak keruan.

Gaya rambut juga jadi bualan

Sponsored

Nampaknya, Hun Haqeem tampil dengan imej rambut terbaharu dan beberapa keping foto dimuat naik tersebut selain menerima ribuan tanda suka, pelakon kacak ini juga diusik peminat dengan pelbagai reaksi ditinggalkan menerusi ruangan komen.

‘Hensemnya, stress ah cani’

‘Agak agak dia ni tau tak…’

‘Terlalu kacak dimata, xleh swipe nih’

‘Tampan kali abang ni’

Hun Haqeem

‘Handsome sangat ni’