Isu Uqasha Senrose Dituduh Pembuli, Ini Reaksi Aktress Tersebut – “Kepada Awak Yg Menabur Fitnah..”

Sponsored

Hari ini kecoh di media sosial apabila seorang pengguna Twitter membuat naik kisah dirinya pernah dibuli oleh seorang pelakon popular. Apa yang lebih menarik perhatian ramai adalah yang dituduh pembuli itu adalah aktress yang kini sedang diuji apabila suaminya dipukul hingga menyebabkan kecederaan.

Tuduhan ini membuatkan netizen terus meneka pembuli yang dimaksudkan individu itu adalah Uqasha Senrose. Kisah dan tuduhan membuli itu didedahkan oleh individu berkenaan dan mendapat perhatian umum.

Sponsored

Malah individu yang membuat tuduhan itu turut memerli supaya jangan terpedaya dengan air mata aktress berkenaan yang pernah membulinya dahulu. Bagaimanapun, terbaharu isu Uqasha Senrose dituduh pembuli, ini respond pelakon wanita tersebut menerusi akaun Twitter miliknya.

Menurut aktres ini, dakwaan Uqasha Senrose adalah pembuli itu adalah fitnah semata-mata. Malah Uqasha turut memberitahu foto kelas mereka itu wajah siapakah yang lebih ceria.

Sponsored

Sempat juga aktress ini meninggalkan komen di ruangan ciapan wanita yang menyatakan Uqasha Senrose dituduh pembuli semasa di zaman sekolah berkenaan.

“Kepada awak yang telah menabur fitnah kaw2..Saya jumpa awak tak lama lai. Jangan risau maklumat tentang awak semua ada dan polis akan buat siasatan..”

Sponsored

Selain dari itu Uqasha Senrose juga mengambil keputusan untuk memberikan fokus kepada suami dan dirinya dalam wakti dirinya diuji. Tambahan pula Uqasha akui masih dalam keadaan terkejut dan trauma serta kini difitnah sebagai pembuli pula.