Puteri Sarah Amuk Pada Shukri Yahaya Dalam Drama, Ramai Akui Puas Dengar ‘Makian’ Macam Lepaskan Geram!

Sponsored

Puteri Sarah Liyana, nama yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan tanah air. Biarpun sejak akhir-akhir ini namanya sering jadi sebutan ramai kerana dihimpit dengan kontroversi rumahtangga, namun Puteri Sarah antara wanita kental yang terus bangkit kembali ke arena seni dengan bakat dan pakej yang ada pada dirinya.

Terbaharu, karakter lakonan Puteri Sarah dalam drama Andai Itu Takdirnya telah menjadi perhatian ramai. Dalam karya adaptasi dari novel dari judul yang sama itu, Puteri Sarah memegang watak sebagai Umairah yang juga sahabat baik karakter utama, Aleya yang dilakonkan oleh Hannah Delisha.

Sponsored

Dalam satu babak terbaharu, Umairah naik berang apabila dapat tahu Aleya ‘dirogol’ oleh suaminya sendiri, Syed Azril. Dalam satu perkongsian dimuat naik menerusi akaun Instagram miliknya, dipaparkan Puteri Sarah menengking dan mengamuk kepada Shukri Yahaya (Syed Azril).

Berikut adalah perkongsian rakaman babak Puteri Sarah amuk pada Shukri Yahaya sepenuh hati ini:

Sponsored

Perkongsian rakaman Puteri Sarah amuk pada Shukri Yahaya ini telah mencuri perhatian ramai. Meninjau di ruangan komen, ramai yang akui puas melihat Puteri Sarah seakan melepas geram dan mengaitkan dengan kisah dalam dunia realiti.

Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian babak dari drama tersebut:

Sponsored

“Serius kita perlukan wanita seperti watak Umairah nie in real life! Ayat dia kaw2 makian dia bagi pada Syed Azril tu. Berani betul! Puas hati tengok!”

“Macam puas je dengar apa yang PSL luahkan ni..Rasa macam dah terluah segala yang terpendam eh tiber”

“Hamun dia jangan tak hamunn. Part tiberh last sekali tu paling tibe suke!”