Izreen Azminda Ajak Bekas Madu Berjumpa, Intan Saleh Kata “Apa Bendalah Lagi Korang Ni?”

Sponsored

Kisah penceraian Intan Liana Saleh dengan pemain muzik bebas, Ude pernah menjadi bualan hangat satu ketika dulu. Kemelut rumahtangga mereka akhirnya berakhir dengan penceraian.

Orang kata ada hikmah di sebalik apa yang terjadi dan kini Intan Saleh sudah pun berbahagia membina keluarga bahagia. Malah kini bekas suaminya itu juga turut sudah bernikah dengan pelakon, Izreen Azminda dan dikurniakan beberapa orang anak.

Sponsored

Walau bagaimanapun baru-baru ini kecoh pula di sosial media apabila Izreen Azminda memuat naik Instagram Stories dengan kata-kata seakan dituju pada seseorang. Berikut antara muat naik oleh pelakon wanita berkenaan:

Dalam perkongsian itu nampaknya Izreen Azminda menjemput individu berkenaan untuk bertentang mata dan berbincang secara elok.

Sponsored

“Mai dengan cara elok kita pun akan layan elok..Jangan mai macam taiko ikan masin..”

Rupanya status itu ditujukan kepada bekas madu Izreen iaitu Intan Saleh. Malah Izreen Azminda ajak Intan Saleh berjumpa dan membawa suami Intan sekali.

Sponsored

Satu lagi muat naik oleh pelakon wanita itu iaitu cukup sekadar di sini dia kongsikan di sosial media selepas Izreen Azminda ajak Intan Saleh berjumpa. Malah dia turut akui jika Intan masih post apa-apa lagi bermakna dialah yang bermasalah.

Manakala meninjau di Instagram Intan Saleh memuat naik seperti berikut:

“Apa benda lah lagi korang ni? Tak abis2 ni? Dah 5 tahun dah ni..Move on lah..Apa yang korang nak ni ha?

Itu pula antara luahan Intan Saleh yang dimuat naik menerusi akaun sosial medianya. Malah dia turut berkongsikan semula luahan ramai mengenai isu yang hangat ini.