Shuib Terkejut Kena Kecam Sebab Bagi Ucapan Tahniah Pada Syamsul Yusof, “Ada Yang Boikot Saya…”

Sponsored

Penyampai radio dan pelawak, Shuib turut menerima tempias dalam kontroversi kemelut rumah tangga Syamsul Yusof dan Puteri Sarah. Semuanya gara-gara dia meninggalkan ucapan tahniah di perkongsian yang dimuat naik oleh pengarah filem itu.

Difahamkan, Shuib memberikan ucapan tahniah buat pasangan Syamsul Yusof dan Ira Kazar menerusi perkongsian di Instagram Syamsul Yusof. Namun ucapan tahniahnya ini telah membuatkan dirinya teruk dikecam oleh netizen yang mendakwa pelawak itu menyokong isu poligami ini.

Sponsored

Terkejut dengan reaksi netizen

Shuib mengakui turut berasa terkejut melihat reaksi netizen dan meminta orang ramai untuk tidak memperbesarkan lagi hal ini. Susulan komen yang ditinggalkan itu, nama Shuib juga ‘trending’ di laman Twitter pada hari tersebut.

“Sehinggakan nama saya menjadi bualan di Twitter dan ada yang boikot saya. Saya pun tak faham kenapa ia jadi begitu besar.”

Sponsored

Ada yang mahu boikot perniagaan

Walaupun berasa sedikit terkesan dengan reaksi negatif ini, Shuib menganggap perkara viral yang berlaku di media sosial ini akan cepat dilupakan selepas masa berlalu. Menurut Shuib, ucapan yang diberikan kepada pengarah filem itu hanya sekadar ucapan tahniah kepada pasangan yang telah berkahwin sahaja dan tiada isu lain.

“Apabila ada yang nak boikot, mula rasa bimbang. Saya ini ada perniagaan dan mempunyai ramai pekerja. Takut beri kesan pada produk sendiri.”

Sponsored

Tambahnya, dia tidak mempunyai masalah dengan isu poligami dan menurutnya ia bukanlah satu kesalahan dalam agama. Terdahulu, Syamsul Yusof mengumumkan di Instagram bahawa dia sudah selamat berkahwin dua dengan Ira Kazar di sempadan Thailand.

Perkongsian tersebut turut mengundang pelbagai reaksi di mana ada beberapa rakan artis yang turut memberikan ucapan tahniah termasuklah Shuib. Susulan komen yang ditinggalkan itu, nama Shuib menjadi bualan ramai di Twitter sehingga ada yang mahu memboikot perniagaan pelawak tersebut.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbermstar