Dalam rumahtangga diakui memang ada saat manis dan pahitnya. Namun semua itu dijadikan pengajaran hidup buat semua. Tapi bila mana kecurangan mula berlaku, ini memang menjadi satu kes lain pula.
Bila ada yang curang, salah seorang pasangan pasti akan terguris hati dan turut terlibat penipuan yang sukar dijelaskan logiknya. Kehadiran orang ketiga dalam rumahtangga kadang kala mudah meruntuhkan hubungan sedia ada.
Malah kes kemelut rumahtangga Syamsul Yusof dan Puteri Sarah masih hangat diperkatakan hingga ke hari ini. Apatah lagi dengan kehadiran isteri kedua, Ira Kazar dalam kekecohan ini.
Bagaimanapun, baru-baru ini Intan Saleh yang merupakan bekas isteri pemain muzik memuat naik satu video mengenai hal yang sedang kecoh ini. Berikut adalah video Intan Saleh imbau perasaannya satu ketika dulu yang dikongsikan menerusi akaun TikTok miliknya itu:
Intan Saleh menulis di ruangan kapsyen seperti berikut:
“Cerita yang berbeza tapi rasa yang sama..”
Untuk info, dulu rumahtangga Intan Saleh pernah diuji dengan kehadiran orang ketiga. Pada waktu itu sama seperti kemelut rumahtangga Puteri Sarah yang menjadi perhatian ramai.
Namun bezanya, Intan Saleh kini sudah bahagia dengan suami baru dan bekas suaminya pula sudah pun berkahwin dengan pelakon, Izren Azminda.
Di ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai muat naik Intan Saleh imbau perasaannya satu ketika dulu tersebut seperti berikut:
“Betul tu..Amik konon nak kongsi..Dalam diam suh buang yang lama”
“Muka nak sama Puteri Sarah sekali pandang. Dedua wanita yang berdepan ujian hebat n kuat yakmat”
“Sampai sekarang aku tak berapa suka yang belah sana..Dah la rela bermadu tuptup kena cerai. Lepastu mulut yang sana bukan main..eeee”
“Dan sapa yang perasan, masa mula bonda down dulu, Puteri Sarah yang banyak bagi semangat bagi job. Tak sangka Puteri Sarah pulak yang kena hadap sekarang”