“Jangan marah pada perempuan sahaja, suami pun bersalah!”, Che Ta ulas isu orang ketiga dalam hubungan

Sponsored

Sejak akhir-akhir ini isu rumahtangga hancur dek orang ketiga semakin menjadi-jadi. Apatah lagi apabila ianya melibatkan perkahwinan selebriti yang runtuh.

Dalam situasi sebegini ramai yang menunding jari pada orang ‘ketiga’ berkenaan yang dikatakan penyondol rumahtangga orang. Bagaimanapun baru-baru ini pelakon terkenal, Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta ulas isu orang ketiga dalam hubungan.

Sponsored

Menerusi satu rakaman temubual bersama wartawan baru-baru ini, Che Ta berpendapat hubungan yang tidak sepatutnya berlaku itu tidak akan menjadi jika tiada tindakan dari si lelaki atau suami.

“I tak suka orang perempuan, bila laki dia ada hubungan lain, salahkan perempuan tu..Its two to tango. Laki kau pun bukannya baik sangat pun, kenapa nak pi marah perempuan tu? Jangan marah pada perempuan sahaja, suami pun bersalah!”

Sponsored

“Dia macam ni, kalau laki I ada affair dengan perempuan lain. I tumbuk muka laki I. Dia yang menggatal. Sebagai isteri berdosa you sebarkan aib laki… Kalau laki I curang, bagi warning sekali je, kalau you curang you berambus. Kita ada trust..”, kata Che Ta.

Berikut adalah perkongsian video Che Ta ulas orang ketiga dalam hubungan yang menjadi isu hangat sejak akhir-akhir ini itu:

Sponsored
@kosmoonline

“Jangan marah pada perempuan sahaja, suami pun bersalah!” Respons Rozita Che Wan berhubung isu gangguan pihak ketiga dalam hubungan rumah tangga yang ketika ini menjadi isu hangat dalam industri hiburan tanah air.

♬ Dj Aku Sekuat Hati Bertahan – Ghina Mei

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet setuju dengan ulasan dan pendapat Che Ta mengenai isu tersebut. Malah ramai yang akui lontaran pendapat dari selebriti senior ini sangat bernas dan mengagumkan.

Berikut antara reaksi ramai tersebut yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian video ini:

“Setuju betul..Bertepuk sebelah tangan tak bunyi”

“Betul aku pun buat benda yang sama. Aku marah laki aku dulu. Kalau laki tak bagi harapan orang tak akan mengharap”

“Itu cara orang yang matang fikiran..Betul Che Ta cakap tu..Jaga aib suami sama. Kalau marah sekali pun jangan biarkan emosi mengatasi iman”

“Ada betulnya cakap Che Ta..Bukan masalahnya kena tak kena kat batang hidung ya. Yang penting aibkan suami tu berdosa tu je”