Hafiz Mahamad Bawa Isteri Bersama Naik Ke Pentas Terima Anugerah, Ramai Terharu Cara Hargai Pasangan…

Sponsored

Ahad malam telah berlangsungnya acara Gempak Most Wanted Awards (GMWA) anjuran Astro Gempak di Shah Alam. Acara ini dilihat berjaya menarik ramai selebriti dan pempengaruh untuk hadir dan memeriahkan lagi acara.

Antara yang menjadi perhatian ramai adalah pempengaruh dan usahawan terkenal, Hafiz Mahamad yang menang Anugerah Digital Influencer Tergempak GMWA 2022 dan turut dinobatkan sebagai pemenang utama GMWA 2022.

Sponsored

Apa yang lebih menarik adalah apabila Hafiz Mahamad bawa isteri bersama naik ke pentas ketika terima anugerah tersebut. Sempat berkongsikan saat manis tersebut, Hafiz Mahamad memuat naik video dari saat indah pada malam tersebut menerusi akaun TikTok miliknya seperti berikut:

@hafizmahamad

Isteriku, terima kasih tumpangkan kehebatanmu. @Syafiqah Aina Sahabatku, terima kasih menjadi sahabat yg terbaik walaupun kita hanya bersahabat di soc media 💙

♬ Tujh Mein Rab Dikhta Hai (From “Rab Ne Bana Di Jodi”) – Salim-Sulaiman & Roop Kumar Rathod & Jaideep Sahni

Hafiz merakamkan rasa syukur atas kemenangan tersebut dan bakal menghadiahkan 10 buah bas balik kampung secara percuma. Selain dari itu ucapan Hafiz pada malam itu turut menjadi perhatian ramai.

Sponsored

“Isteri saya pernah dilemahkan oleh satu manusia yang punya ilmu, harta dan nama. Jadi hari ini saya berdiri untuk cari nama dan pengaruh serta sedikit ilmu dan harta untuk mengangkat darjat isteri saya,” kata Hafiz.

Malah meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet kagum dengan kelakuan Hafiz Mahamad bawa isteri bersama naik ke pentas pada malam tersebut. Berikut antara reaksi ramai itu:

Sponsored

“Jangan tanya kenapa hidup dia mewah asbab dia angkat darjat isteri…”

“Hafiz ni dari zaman dia bercinta dengan Aina ni memang ramai orang tahu besar cinta dia dekat Aina ni. Sampai ada orang letak surat atas kereta. Nak sondol Hafiz”

“Allahuakhbar..happy tengok..Luas rezeki bila suami bahagiakan seorang isteri. Tahniah Hafiz Mahamad dan Aina”