Penampilan Mimi Lana Berhijab Dipuji Ramai, “Nampak Lagi Manis…”

Sponsored

Pelakon dikenali sebagai Mimi Lana baru-baru ini telah mencuri perhatian ramai dengan penampilan berhijab. Muat naik tersebut dibuat sehari selepas dikhabarkan Mimi Lana dan Syafiq Kyle bertunang.

Dalam perkongsian video pendek itu, dipaparkan Mimi Lana di dalam kereta sedang membetulkan tudung. Manakala di ruangan kapsyen muat naik itu, Mimi Lana mengucapkan syukur atas doa-doa baik dari semua orang.

Sponsored

Tulisnya lagi 90% adalah perancangan Allah dan hanya 10% datang darinya. Selain dari itu Mimi Lana turut memberitahu impian perkahwinannya adalah yang sederhana dan mengharapkan restu dari orang di sekelilingnya.

Sempat juga Mimi Lana berterima kasih kepada keluarganya dan keluarga pasangan. Selain itu, rupa-rupanya video pendek ini dirakam semasa dia menghadiri kursus kahwin satu ketika dulu. Berikut adalah perkongsian penampilan Mimi Lana berhijab tersebut:

Sponsored

Dalam satu muat naik berbeza, dipaparkan foto Mimi Lana dan Syafiq Kyle menyarungkan cincin dan kapsyennya telah mencuri perhatian ramai.

“One step closer Insyaallah, Alhamdulillah”

Sponsored

Berikut adalah muat naik memaklumkan mengenai pertunangan mereka yang dikongsikan di Instagram miliknya:

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memuji penampilan Mimi Lana berhijab yang dikongsikan itu dan ada juga yang mengucapkan tahniah atas pertunangannya. Berikut antaranya:

“Cantiknya dik awak bertudung..Nampak lagi manis dan semoga bertambah kebahagiaanmu dunia dan akhirat”

“Tahniah Mimi Lana dan Syafiq Kyle..Semoga dipermudahkan urusan korang.. Even saya kecewa capikk dah nak kawen…”

“Cantiknya Mimi”

“Bakpo la comey dok oh ni”