Jebat Jayden Tunai Umrah, Netizen Akui Suka Tengok Didikan Shaarnaz Dan Nabila

Sponsored

Anak kepada pelakon terkenal, Sharnaaz Ahmad dan bekas isterinya yang juga adik kepada Neelofa iaitu Nabila ini sering sahaja mencuri tumpuan ramai dengan keletahnya. Anak kecil yang bijak ini adalah Jebat Jayden.

Dari seawal usia dan kini sudah semakin meningkat umurnya, gelagat comel Jebat Jayden terus menerus menjadi perhatian warganet. Terbaharu, video dan foto Jebat Jayden tunai umrah bersama keluarganya telah membuatkan ramai teruja.

Sponsored

Dalam satu perkongsian di TikTok kelihatan anak kecil ini bakal berangkat ke Tanah Suci bersama keluarga ibunya. Turut terlihat bapa Jebat Jayden, Sharnaaz Ahmad dalam videp berkenaan.

Berikut adalah rakaman Jebat Jayden tunai Umrah bersama keluarganya di lapangan terbang yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok itu:

Sponsored
@fidermanjj

Doakan Jayden, mummy & families selamat menunaikan ibadah Umrah ye. #kredit2omrahtravel #kredit2noornabila #kredit2jebatjayden

♬ Rahmatun Lil’Alameen – Maher Zain

Selain dari itu, pelakon lelaki ini sendiri turut memuat naik foto kenang-kenangan anak kecilnya itu menerusi akaun Instagram miliknya. Dalam foto itu terlihat Jebat Jayden mengenakan jubah putih dan kopiah tertera namanya itu:

Di ruangan kapsyen, Sharnaaz menulis yang mengucapkan selamat menunaikan umrah kepada anaknya dan berterima kasih pada bekas isterinya kerana bawa Jebat ke Tanah Suci.

Sponsored

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet teruja menyaksikan cara didikan pasangan ini biarpun sudah berpisah terhadap anak mereka. Berikut antaranya:

“Untungnya Jebat sayang, semoga Jebat menjadi anak soleh, selamat pergi dan balik semuanya. Insya Allah”

“Suka tengok cara dorang didik anak dorang. Tak perlu untuk burukkan mana2 side. Bahagi cukp masa untuk masing2 dan nafkah. Salute”

“Full respect kat mamu n sis Nabila ni… Demi anak mereka tak masam muka..Berkawan baik demi anak. Korang terbaik”

“Encemnyer anak baba dan mummy! Semoga Jebat sentiasa dibawah lindungan, rahmat dan kasih sayangnya”