Nabila Razali Dipuji Hebat Berlakon, “Jenis Tak Cover2 Nih Penonton Suka”

Sponsored

Kini figura bernama Nabila Razali ini bukan sahaja bergelar seorang penyanyi malah turut menceburi bidang lakonan juga. Karakter yang dijayakannya juga boleh tahan pelbagai menjadikan Nabila Razali ini antara pelakon hebat tanah air.

Baru-baru ini tular di sosial media apabila ada yang memuat naik semula satu babak dari sebuah drama lakonan Nabila Razali. Dalam rakaman tersebut kelihatan aktres berkenaan sedang sangat kecewa di dalam kereta.

Sponsored

Melihatkan gayanya, Nabila Razali dipuji hebat berlakon oleh warganet. Berikut adalah perkongsian babak lakonan aktres jelita ini yang dimuat naik menerusi akaun TikTok:

Sejenis berlakon memang ‘all out’ habis dan tak peduli bagaimana rupa mukanya itu, memang terbaik! Disebabkan itu Nabila Razali dipuji hebat berlakon seperti yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian tersebut.

Sponsored

Ramai akui bakat lakonan Nabila Razali memang hebat dan bersetuju jika selebriti ini teruskan kariernya itu. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian di Tiktok itu:

“Berlakon jenis tak cover2 nih yang penonton suka hahaha..Bella the best”

Sponsored

“Serius berbakat jadi pelakon”

“Dia ni memang bagus berlakon..Aku suka”

“Suara Bella dah banyak improved tau. Plus dia berlakon pun dah best dan mantap. Dia buktikan dia boleh buat”

“Dia ni kalau berlakon serius tak kayu! Korang tengok Rombongan Cik Kiah ke AJL! Keras perut aku gelak”

SumberTiktok