Semalam ramai dikejutkan dengan berita perceraian pelakon Hafidz Roshdi dan isterinya yang memilih untuk berpisah selepas kemelut rumah tangga mereka hangat diperkatakan. Terdahulu, wanita itu mendedahkan tentang orang ketiga atau ‘penyondol’ yang telah mengganggu rumah tangganya ini.
Isu orang ketiga atau ‘penyondol’ yang semakin banyak berlaku ini turut menerima perhatian isteri Caprice yang meluahkan rasa takut melihat senario yang berlaku kini. Menurut Farra Inalis, dia mengakui berasa takut apabila membaca berita kecurangan sejak kebelakangan ini.
“Makin hari makin takut baca berita, tambah-tambah sekarang dengan wabak “curang” sedih, marah bercampur baur perasaan ni. Mintak jauh lah dengan dugaan-dugaan macam ni, dengar pun dah sakit hati apa lagi yang berada kat tempat ‘dicurangi’ tu.”
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Farra memberitahu dia semakin takut untuk membaca berita yang berlaku sekarang ini ditambah pula dengan kes curang yang semakin berleluasa sekarang ini. Ujarnya, dia sendiri tidak dapat membayangkan bagaimana perasaan mangsa yang dicurangi pasangan sendiri.
Hati manusia boleh berubah
Tambah wanita itu lagi, dia berpendapat cukup untuk seseorang itu memberikan yang terbaik buat pasangan mereka dan jangan terlalu bergantung kerana hati manusia boleh berubah pada bila-bila masa sahaja. Jelasnya, dengan cara ini seseorang boleh bersedia sekiranya berada dalam situasi yang tidak diingini itu.
“Dunia sekarang dah makin tenat, ramai penyondol yang dah hilang rasa malu ambil hak orang. Ramai lelaki yang dah lupa diri bila dah senang.”
Dalam masa yang sama, Farra memberitahu dia tidak menyalahkan satu pihak sahaja dalam isu ini kerana baginya lelaki atau perempuan sama-sama memainkan peranan jika mereka memilih untuk curang. Tambahnya, perkara sebegini akan berlaku sekiranya seseorang itu memilih untuk hidup di dalam fantasi dan bukannya realiti.
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.