Jejaka Kacak Tawar Diri Nak Jadi Suami Baru Puteri Sarah, “Takkan Nak Biarkan Bidadari Secantik Ini Sedih”

Sponsored

Kisah rumahtangga Puteri Sarah dan Syamsul Yusof nampaknya masih belum reda. Sejak setahun lalu Puteri Sarah pernah mendedahkan mengenai orang ketiga yang hadir dalam kehidupan mereka.

Kini terjawab sudah siapakah orang ketiga tersebut dan individu itu juga kini bergelar isteri kedua kepada Syamsul Yusof. Pasangan suami isteri ini dilihat berbalas video menjawab spekulasi dan tuduhan terhadap mereka.

Sponsored

Hinggalah baru-baru ini Puteri Sarah memaklumkan akan memfailkan penceraian pada Isnin nanti. Bagaimanapun di sebalik kekecohan mengenai rumahtangga pasangan selebriti ini, ada seorang jejaka kacak tawar diri jadi suami baru Puteri Sarah.

Menerusi akaun TikTok dengan nama Arif Izo, pemuda ini memuat naik satu video dengan kapsyen yang telah mencuri perhatian warganet. Berikut adalah muat naik tersebut:

Sponsored

“Salam Sol. Kenalkan bakal suami Puteri Sarah. Aku akan pastikan dia bahagia. Takkan nak biarkan bidadari secantik ini sedih”

Wow, berani sungguh pemuda ini mencuba nasib ya. Perkongsian mengenai jejaka kacak tawar diri jadi suami baru Puteri Sarah ini telah mencuri perhatian ramai. Malah di ruangan komen ramai juga yang bersetuju dan mengucapkan semoga berjaya kepada pemuda ini.

Sponsored

Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian ini:

“Wahhh comey ja kalau betoi kan. Mesti jadi cute couple nihh”

“Hahaha siut ar..Cepat tol netizen ni buat kerja”

“Kemahennn ye. Tapi Puteri Sarah ada dua maid bang. Harap bang pun mampu lah beri kemewahan seperti Sol berikan dia kemewahan”

“Aduhh ni lagi handsome dari Sol”

SumberTikTok