Kepala Tikus Dalam Nasi Kukus Dah Habis Makan, Ramai Akui Geli Tekak!

Sponsored

Seringkali kita diingatkan untuk mencari restoran yang bersih bila mahu makan di luar. Kebersihan peniaga, penyedia makanan malah kawasan sekitar turut menjadi keutamaan sebelum memilih untuk menjamah di sesuatu kedai makan.

Walau bagaimanapun, baru-baru ini tular di sosial media dengan satu rakaman yang memaparkan ‘bendasing’ dalam makanan yang habis dijamah. Difahamkan individu berkenaan sudah pun selesai menjamah nasi kukus dengan lauk ayam.

Sponsored

Namun siapa sangka lauk ayam itu sebenarnya haiwan perosak, tikus! Lebih mengejutkan ia adalah kepala tikus dengan jelas kelihatan misai panjang.

Berikut adalah perkongsian rakaman kepala tikus dalam nasi kukus yang dimuat naik oleh pengguna Tiktok ini:

Sponsored
@tiktok_kluang

Ada kepala tikus di Restaurant.Nasi kukus Putatanpatutlah tutup ada kkm tadi ee kalau nak makan nasi kena hati-hati semua Kedah info semua kepada orang ramai

♬ Simalakama – Vita Alvia

Difahamkan pelanggan yang menemui kepala tikus dalam nasi kukus ini membelinya dari sebuah kedai makan di Sabah. Malah dikatakan restoran nasi kukus tersebut sudah pun ditutup oleh Kementerian kesihatan Malaysia (KKM).

Di ruangan komen, rata-rata warganet akui kembang tekak dengan penemuan haiwan perosak seperti itu di dalam makanan. Apatah lagi bila pelanggan tersebut sudah habis makan baru perasan.

Sponsored

Lebih membimbangkan apabila ia adalah kepala tikus sahaja dan ini membuatkan ramai tertanya-tanya di manakah badan haiwan tersebut. Berikut adalah reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen tersebut:

“Macam mana ada kepala? Mereka buat lauk ke tikus tu”

“Tapi mana pegi badan dia?”

“Jadi Mickey Mouse lah pelanggan yang makan”

“Kepala tikus di sini sudah tentu badan tikus tu di mana?? Pelanggan lain pulak yang dapat badan dan ekornya”

SumberTiktok