“Jelas sangat dah nampak pregnant”- Rakaman Neelofa hadir acara jenama terkenal

Sponsored

Pengacara, pelakon, model dan usahawan popular dengan bakat serba boleh serta kepandaiannya, Neelofa ternyata sekali lagi mengundang rasa kagum orang ramai terhadap pencapaiannya. Neelofa dilihat muncul dengan begitu sopan menutup aurat di sebuah acara jenama terkenal.

Meskipun tampil bergaya namun dia tetap menjaga penampilannya yang kelihatan sopan sehingga perkongsian dia di Instagram membuatkan dirinya menjadi sorotan ramai dengan ditinggalkan ribuan tanda suka.

Sponsored

Malah Neelofa juga berkongsikan satu rakaman video yang memaparkan dia hadir di sepanjang acara jenama mewah tersebut. Turut kelihatan disamping pelakon tersebut adalah adik kepada Neelofa iaitu Ameera Khan. Neelofa juga tampil dengan gayanya tersendiri dan ia begitu mencuri tumpuan ramai.

Rakaman Neelofa jadi tumpuan

Sponsored

Muat naik tersebut bagaimanapun diruangan komen ada yang tertarik dengan penampilan Neelofa yang dikatakan sudah jelas nampak pelakon ini sedang hamil. Terdahulu, Neelofa beberapa kali didakwa sedang hamil anak kedua.

Namun begitu, diruangan komen juga ternyata orang ramai juga menghujani dengan reaksi pujian apabila Neelofa tetap menjaga penampilan sopannya meskipun menjadi model bagi satu jenama mewah terkenal dunia.

Sponsored

‘Jelas sangat dah nampak Neelofa pregnant. Omg adik Bilal is coming’

‘Mesti semua orang pandang perut Lofa kan. Hihi’

‘Bertudung pakaian longgar bukan penghalang menjadi model’

‘Lofa dia ada class tersendiri. Dia pakai apapon dia akan nampak amazing’

SumberNeelofa