Uqasha Senrose Akur Dua Kali Keguguran, “Saya Tak Tahu Saya Mengandung…”

Sponsored

Sebelum ini, pelakon Uqasha Senrose menjadi bualan di media sosial apabila ada segelintir individu yang menegur tentang kenaikan berat badannya. Malah ada juga yang membuat pelbagai spekulasi tentang fizikal pelakon wanita ini dan meninggalkan komen-komen negatif di Instagramnya.

Baru-baru ini, Uqasha mendedahkan dia sebenarnya pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali sepanjang tiga tahun bergelar isteri kepada Kamal Adli. Jelasnya, situasi itu berlaku semasa dia mengalami haid yang berpanjangan dan dalam masa yang sama, dia tidak tahu dirinya sedang berbadan dua.

Sponsored

“Dua kali saya gugur, rasa sebak pula bila cakap pasal ini. Mungkin bukan rezeki lagi. Pertama kali saya tak tahu saya mengandung semasa tunaikan umrah.”

Uqasha memberitahu dia mengalami haid berpanjangan tanpa henti namun menyangka ia adalah perubahan hormon selepas berkahwin. Dia kemudiannya didatangi haid berpanjangan sekali lagi semasa mengerjakan ibadah umrah bersama suami dan juga semasa Pilihan Raya Umum ke-15.

Sponsored

“Saya cakap dengan suami tentang masalah datang haid tak berhenti itu dan bimbang kalau-kalau ada masalah dalaman, saya hubungi doktor sakit puan dia suruh beli ujian kehamilan (UPT).”

Berjumpa dengan doktor

Pelakon itu kemudian membuat keputusan untuk berjumpa dengan doktor sebelum dimaklumkan bahawa kandungannya yang berusia dua bulan tidak dapat diselamatkan. Dalam masa yang sama, Uqasha juga perlu melalui pembedahan bagi membuang darah yang terkumpul di bahagian ovum.

Sponsored

“Bila buat ujian dapat dua garisan, kami terus pergi hospital kerana bimbang mengandung luar rahim tapi bila periksa anak dalam kandungan dah tak ada. Bila dapat tahu mengandung masa itu, tertanya-tanya kenapa tak jaga tapi Kamal bagi semangat kata tak apa kita cuba lagi.”

Walaupun sedih dengan apa yang berlaku, Uqasha memberitahu dia redha dengan ketentuan itu dan dia serta suami tidak merancang untuk memiliki anak buat masa ini. Tambahan pula pada ketika ini dia sedang sibuk bekerja dan menjalani penggambaran drama sebanyak 70 episod.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbermstar