Jep Seronok Dapat Live Di TikTok Pertama Kali, Habis Satu Studio Dia Pusing!

Sponsored

Jep Sepahtu bukanlah nama baharu dalam industri hiburan tanah air. Berpesonaliti menarik dan merendah diri serta berbakat menghiburkan orang ramai menjadikan Jep Sepahtu seorang yang dihormati ramai.

Terbaharu, pelawak dan penyampai radio ini telah membuatkan ramai terhibur dengan keletahnya. Jep Sepahtu yang baru sahaja membuka akaun Tiktok beberapa bulan lalu akhirnya dapat buat ‘live’ menerusi aplikasi tersebut.

Sponsored

Rakaman semula Jep seronok dapat live di TikTok pertama kali ini telah dikongsikan oleh netizen dan meraih perhatian ramai. Manakan tidak, Jep bukan main seronok dan teruja lagi.

Berikut adalah rakaman Jep seronok dapat live di TikTok pertama kali ini:

Sponsored

Bukan main lagi seronoknya Jep ini sehinggakan habis dia pusing satu studio radio tempatnya bekerja. Dalam rakaman tersebut dipaparkan Jep berjalan sekitar tempat kerjanya dan menunjukkan studio radio lain di Astro.

Malah apa yang membuatkan ramai tertawa apabila riak wajah Jep yang agak tidak faham dengan konsep ‘gift’ di live TikTok. Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet terhibur menyaksikan gelagat Jep yang baru pertama kali buat live di aplikasi tersebut ini. Berikut antaranya:

Sponsored

“Hahaha part nak ambik roti canai kat mana”

“Lah studi radio semua sebelah2 ja rupanya”

“Hahahah nak ambik kat mana roti”

“Ini the real pelawak selamba. Excited lain macam”

SumberTikTok