“Nak cari suami bukan perkara yang main-main…”- Riena Diana putus cinta

Sponsored

Pelakon, Riena Diana merupakan salah seorang bintang dalam drama Kampung People yang mencetuskan dirinya sering menjadi perhatian peminat. Riena Diana bagaimanapun antara artis yang sebelum ini tidak berahsia mempunyai kekasih yang dikenali sebagai Nik Afiq. Malah peminat juga teruja apabila dia pernah berkongsikan berita gembira bersama lelaki berkenaan yang mana mereka akan mendirikan rumah tangga pada tahun 2023.

Meskipun begitu, terbaharu Riena Diana menjadi sorotan ramai apabila dia mendedahkan hubungan cinta dia dengan lelaki tersebut sudah berakhir. Menerusi Gempak, dia enggan memberitahu punca  perpisahan tersebut selain dirinya juga tidak menyalahkan mana-mana pihak.

Sponsored
Riena Diana

“Kami berdua putus dengan cara baik, tiada pun gaduh-gaduh besar pun. Tapi punca gaduh saya tak akan kongsikan.” Riena Diana juga berharap doa yang terbaik sahaja kerana tidak tahu bagaimana pula kehadapannya punya cerita. Jelasnya lagi, dia tidak mahu menyalahkan sesiapa dalam hal tersebut dan buat masa sekarang dia menganggap tiada jodoh antara mereka.

Ketika ini Riena Diana ingin memberi fokus kepada perkara yang lebih penting namun dalam pada itu, dia tidak menolak sekiranya dijodohkan semula dengan lelaki tersebut.

Sponsored

“Saya akui dia seorang lelaki yang baik. Cuma mungkin saya rasa kami tidak serasi. Untuk waktu sekarang, saya nak fokus dulu dengan perkara yang lebih penting. Nak cari suami bukan perkara yang main-main, nak hidup bersama untuk tempoh yang lama,” tambahnya lagi menerusi Gempak.

SumberGempak