“Please faham dulu…”- Anak Wawa Zainal buat tutorial makeup ‘Wednesday’, video dikecam netizen

Sponsored

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan pasangan pelakon dan usahawan kosmetik ini, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel. Selain bakat dalam bidang lakonan, kejayaan pasangan sama cantik sama padan ini dalam dunia perniagaan juga membuatkan ramai menjadikan mereka sebagai inspirasi.

Terbaharu, anak perempuan Wawa Zainal mencuri tumpuan ramai apabila merakam satu klip video pendek yang memaparkan dia menggunakan produk kosmetik yang difahamkan jenama mereka, Wawa Cosmetic dimana anak perempuan Wawa Zainal yang dikenali sebagai Hayla ini juga dipuji ramai kerana pandai bersolek dan kelihatan tidak kekok.

Sponsored

Video anak Wawa Zainal curi tumpuan ramai

Hayla menerusi rakaman ini menunjukkan dia membuat tutorial makeup look ‘Wednesday’ yang mana watak dalam sebuah siri drama Netflix. Drama tersebut menjadi trend semasa yang membuatkan ada cabaran tertentu di media sosial seperti tarian. Walau bagaimanapun, cabaran tersebut menerima kritikan ramai disebabkan lagu yang digunakan apabila lirik disebaliknya yang agak sensitif.

Sponsored

Meskipun Hayla dilihat membuat tutorial makeup namun netizen menegur diruangan komen kerana turut ada penggunaan lagu tersebut sehingga mengundang ramai tampil meninggalkan reaksi kurang senang.

Ruangan komen terima pelbagai reaksi

Sponsored

Ini kerana, rata-rata peminat dan pengikut di hantaran video menerusi Instagram Wawa Zainal itu tampil menasihati agar dia lebih peka tentang lagu yang digunakan itu.

‘Cantik tapi sensitive la kita ni…’

Wawa Zainal

‘Please faham dulu…’

‘Perhati dengar lagu seni kata lagu ni dia sebut…’