Ji Hyo selamba ‘upload’ gambar ada di Pavilion KL, peminat Malaysia ‘hujani’ komen

Sponsored

Buat yang meminati rancangan realiti dari Korea berjudul Running Man, Song Ji Hyo pasti antara peserta kesukaan anda. Mana tidaknya meskipun antara peserta wanita, dia seorang yang serba boleh dan sentiasa bersikap selamba sahaja dalam rancangan tersebut.

Walau bagaimanapun, rupa-rupanya dia lagi selamba dan sporting tidak hanya dalam rancangan terbabit. Ini kerana hantaran dia di Instagram membuatkan peminat di Malaysia begitu terhibur selepas dia memuat naik beberapa keping foto dia berada di Pavilion Kuala Lumpur.

Sponsored

Apa yang menarik ramai peminat dari Malaysia juga apabila Song Ji Hyo memuat naik foto dia hanya memakai selipar sahaja dan dua keping foto memaparkan dia bersikap sporting. Selebriti jelita ini difahamkan menjadi duta bagi sebuah produk yang membuatkan dia hadir di Pavilion Kuala Lumpur.

Sikap selamba Song Ji Hyo sampai ke Malaysia ini mengundang selebriti Malaysia dan ramai peminat menghujani ruangan komen buatnya yang mana ada juga memberikan pujian terhadapnya.

Sponsored

‘Macam mana dia boleh amik gambo tak ada orang kat situ. Haihh, pakai selipar pun cantik’

‘Eonnie nanti kaki berbelang pakai selipar, Malaysia so hot you know’

Sponsored

‘Semua komen bahasa Melayu memang Ji Hyo paham pun’

‘Ada ka artis Korea yang rare macam Ji Hyo ni? Post gambar pergi Malaysia, ada yang elok lagi. Dia pi post gambar pakai selipar ja. Adoii sporting habis’