Momen Sweet Qismina rapat dengan Ji Hyo, siap dipuji cantik buat ramai teruja

Sponsored

Buat yang tidak pernah terlepas mengikuti rancangan realiti Korea berjudul Running Man tentu cukup familiar dengan selebriti bernama Song Ji Hyo ini. Malah dia berjaya mengumpul peminat global termasuklah Malaysia.

Jadi apabila mendengar selebriti jelita ini datang ke Malaysia tentu sahaja ramai yang teruja. Terbaharu, Song Ji Hyo hadir ke Malaysia sebagai duta sebuah produk dan kemunculan itu membuatkan salah seorang selebriti Malaysia juga teruja kerana dapat mendekati dengan lebih dekat dengan Song Ji Hyo iaitu Sweet Qismina.

Sponsored

Muatnaik dikongsikan itu memaparkan Sweet Qismina yang difahamkan juga merupakan duta produk tersebut mengambil foto bersama Song Ji Hyo. Kelihatannya Sweet Qismina juga teruja apatah lagi, selebriti terkenal dalam rancangan Running Man itu sempat memberikan pujian terhadapnya.

Song Ji Hyo sempat puji Sweet Qismina

Sponsored

Sweet Qismina bagaimanapun turut bertanyakan di Instagram peribadinya tentang apa yang dikatakan oleh pelakon terkenal itu kepada dirinya dan ternyata rata-ratanya menjawab bahawa kecantikannya itu dipuji.

‘Dia cakap Sweet lawa sangat dan lipstik warna cantik’

Sponsored

‘Aaa jelesnya. The way she enter with snsd bgm. Untungla Sweet dapat jumpa depan-depan, siap selfie. Jeless ar kite’

‘Nampak Sweet nervous tu, kalau aku pun nervous weh jumpa Song Ji Hyo’

‘Dia cakap, u cantik sangat. Skin cantik. Colour lipstick pun cantik… itu yang saya dengar. Guna earphone, dapat dengar jelas’