Rasanya di saat ini sudah ramai yang sedia tahu akan kronologi dan kisah rumahtangga pelakon kontroversi, Hafidz Roshdi. Bermula dengan khabar angin mengatakan ada orang ketiga dalam rumahtangga mereka hinggalah akhirnya Hafidz Roshdi melafazkan cerai menerusi panggilan telefon terhadap Nurul Shuhada Mat Shukri.
Sebelum lafaz cerai tersebut sudah tentunya pelbagai perkara yang menjadi perhatian ramai malah ada yang terkejut dengan kejadian yang berlaku. Antaranya Shuhada didakwa ditumbuk hingga menyebabkan kecederaan dan parut kekal di wajahnya.
Selain dari itu pendedahan bahawa Hafidz Roshdi berkahwin tanpa pengetahuan dirinya juga membuatkan isu ini tular. Bagaimanapun, Shuhada atau lebih mesra dengan panggilan Shu terus bangkit dan kekuatan seorang wanita ini menjadi inspirasi kepada ramai orang di luar sana.
Terbaharu, rakaman pelakon popular Ruhainies berikan semangat kepada Shu ketika menghadiri sebuah acara telah mencuri perhatian ramai.
Menerusi perkongsian rakaman Ruhainies berikan semangat kepada Shu ketika menghadiri sebuah acara ini dipaparkan pelakon jelita ini mendengar apa yang dikatakan oleh Shuhada. Pelakon ini kemudiannya berbisik kepada Shuhada pula.
Biarpun tidak didedahkan perbualan dua wanita ini, namun netizen mendakwa riak wajah Ruhainies seakan sedang menahan geram. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian rakaman ini:
“Ramai sebenarnya tak sangka perangai si polan macam tuh. Bertuah Shu ramai sayang dan ambil berat”
“Garang betul muka Ruhainies ni lawa sangat orangnya”
“Orang2 yang boleh faham ni sebab dia letakkan diri dia dekat tempat orag tu. Lagi satu, sebab dia pun perempuan. Jadi dia faham apa perasaan perempuan lain”
“Untung dia nasib terbela sebab ada nama. Ramai bekas2 isteri teraniaya yang terkapai2 tak ada bantuan bangkit struggle diam2”