Jihan Muse di AJL37 dipuji iras Mira Filzah, netizen terpegun sampai ada tak kenal

Sponsored

Selepas sekian lama, pengacara disukai ramai yang mesra dipanggil Jihan Muse ini berehat daripada melakukan sebarang aktiviti seni, dia pada awal tahun ini mengejutkan ramai apabila dimaklumkan sebagai salah seorang hos Anugerah Juara Lagu yang ke-37 (AJL37).

Ternyata akhirnya kemunculan Jihan Muse di malam Anugerah Juara Lagu yang ke-37 ini dapat mengubati rindu peminat dan netizen yang sering terhibur apabila dia mengacara sesuatu rancangan. Sekadar info, Jihan Muse menjadi hos AJL37 bersama rakannya, Sherry Alhadad.

Sponsored

Namun begitu, selain peserta ternyata Jihan Muse juga hangat dibualkan warganet di media sosial apabila kemunculannya di kaca televisyen sebagai hos Anugerah Juara Lagu yang berlangsung pada malam tersebut ada yang tidak mengenali dia di pentas itu. Jihan Muse di AJL37 dilihat memakai busana serba pink.

Perkongsian ini pula ramai yang bersetuju pada awalnya tidak mengenali hos di pentas AJL37 tersebut sehingga ada yang menyangka dia adalah pelakon, Mira Filzah. Ternyata penampilan cantik Jihan Muse membuatkan dia begitu menjadi perhatian ramai

Sponsored

Jihan dipuji ramai sehingga disangka Mira Filzah

‘Cantik Jihan, walaupun ada anak kecik. Sopan je pakaian dia’

Sponsored

‘Ehh Jihan ke tu, sumpah memang tak kenal’

‘Dari jauh dan tepi mukanya dah macam kak kek yang suka cakap kelentan?? Cantik dah Jihan’

‘Macam Mira Filzah kan’