Aina Abdul akhirnya kongsi foto2 ‘outfit’ AJL, peminat kata yang terpaling layak

Sponsored

Nama penyanyi Aina Abdul sememangnya tidak hanya menjadi perbualan disebabkan suara merdu yang dimilikinya sahaja malah dia adalah satu-satunya penyanyi yang sentiasa memberikan yang terbaik dalam outfit dipakainya ketika membuat persembahan.

Umum diketahui, Aina Abdul adalah salah seorang peserta Anugerah Juara Lagu yang ke-37 (AJL37) yang membuat persembahan pada malam tersebut. Tentu sahaja dia antara yang dinanti-nantikan ramai di hadapan kaca televisyen.

Sponsored

Aina Abdul di AJL37

Walau bagaimanapun, dengan kesungguhannya itu Aina Abdul dinobatkan sebagai Juara AJL37 dan pemenang bagi kategori Vokal Terbaik. Aina Abdul membawa lagu berjudul Terus Hidup yang mana konsep dalam persembahannya juga mengundang rasa terkedu ramai terhadap penyanyi hebat ini.

Sponsored

Kalau disebut nama Aina Abdul, bakatnya yang mempunyai suara merdu dan padu tidak perlu disangkalkan lagi namun digabungkan pula dengan konsep seperti awan dan serba putih mencetuskan Aina Abdul tidak henti-henti menjadi bualan peminat dan netizen di media sosial sehinggakan rakan selebriti juga mengaguminya.

Aina Abdul
Aina Abdul
Aina Abdul

Perkongsian Aina Abdul yang akhirnya berkongsikan beberapa keping foto yang memaparkan outfit serta momen berharga pada malam Anugerah Juara Lagu yang ke-37 itu membuatkan rakan selebriti menghujani dengan pelbagai reaksi diruangan komen.

Sponsored

Alhamdulillah yaayy finally’

Dalam pada itu, netizen dan peminat juga menghujani ruangan komen dengan memberikan pujian terhadap persembahannya pada kali ini.

Ramai puji dan ucap tahniah