Setelah beberapa kali tular mengenai kisah rumahtangga Hafidz Roshdi dan didakwa ada campur tangan seorang wanita, pada petang Khamis, kecoh pula apabila isteri kepada pelakon ini diceraikan dengan talak satu.
Berita mengenainya telah membuatkan ramai terkejut dengan apa yang terjadi. Memetik laporan Harian Metro, isteri Hafidz Roshdi dikenali dengan nama Nurul Shuhada memberitahu jodoh mereka sampai di sini sahaja.
“Jodoh kami sampai di sini,” kata Shuhada isteri Hafidz Roshdi.
Malah ibu kepada dua cahayamata itu juga tidak mahu mengulas lanjut mengenai dakwaan dirinya sudah diceraikan dan juga Shuhada mohon diberikan ruang.
“Saya minta maaf, buat masa ini tidak ada apa yang ingin dikongsikan lagi. Cuma, saya mohon doakan semoga hati saya dan anak-anak reda, insya-Allah. Selebihnya, tunggulah 1 Mac ini,” kata Shuhada.
Selain dari itu, menerusi Instagram Stories milik Shuhada dimuat naik satu tulisan yang mendoakan dengan apa telah berlaku.
“Insya-Allah, semoga Allah gantikan dengan nikmat yang tidak disangka-sangka buatku dan anak-anak. Amin, yamujib,” tulis Shuhada mohon diberikan ruang.
Berikut adalah muat naik tersebut:
Terdahulu, pasangan ini yang mendapat perhatian ramai kerana didakwa pelakon tersebut curang. Hafidz Roshdi juga sudah melafazkan cerai kepada Shuhada menerusi panggilan telefon pada petang Khamis.
Difahamkan Shuhada akan memfailkan pengesahan lafaz cerai itu pada 1 Mac nanti. Semoga yang baik-baik sahaja untuk insan terpilih melalui ujian ini.