Julia Farhana Dipuji, Rendahkan Ego Salam Lufya Omar Di Mahkamah, “Yang Ni Aku Respect…”

Sponsored

Penyanyi Lufya Omar mengejutkan ramai baru-baru ini apabila membuat tuntutan mutaah sebanyak RM1 juta terhadap bekas suaminya, Dr Che Hafiz. Malah bekas suaminya juga turut meluahkan rasa terkejut dengan tuntutan tersebut memandangkan mereka sudah tiga tahun berpisah.

Namun ramai juga yang bersetuju dengan tindakan selebriti wanita ini kerana pastinya dia lebih tahu mengenai status kewangan bekas suaminya itu. Dr Che Hafiz turut ditemani oleh isterinya, Julia Farhana yang sama-sama hadir di mahkamah untuk tuntutan tersebut.

Sponsored

Di sebalik isu yang berlaku di antara Lufya dan bekas suaminya ini, tindakan Julia Farhana yang sempat bersalaman dengan Lufya telah menjadi perhatian ramai. Menerusi video yang dimuat naik ini, kelihatan Julia yang memakai pakaian serba putih menghampiri Lufya dan bersalaman dengannya.

@mediahiburanofficial

Penyanyi Lufya Omar dan bekas suaminya, Dr Che Hafiz yang ditemani isteri, Juliana Farhana hadir ke Mahkamah Tinggi Shah Alam sebentar tadi. Laporan lanjut menyusul #MHnews #MediaHiburan #fyp

♬ Doa Ku – Lufya Omar

Tindakan Julia ini turut menerima pujian dari netizen kerana dia dilihat sangat matang dan tidak menjadikan isu yang berlaku di antara Lufya dan suaminya itu sebagai alasan untuknya bermasam muka. Malah netizen menganggap Julia merendahkan egonya untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan di antara mereka.

Sponsored

“Dia salam sebab hormat. Plus yang masalah cuma laki dia dengan Lufya bukan dia.”

“Asbab bersalam, hati boleh jadi lembut, ego terus terbang. Segala urusan dipermudahkan bila hati masing-masing reda.”

Sponsored

“Bab yang ni aku respect.”

Terdahulu, Dr Che Hafiz enggan mengulas lebih lanjut mengenai tuntutan mutaah sebanyak RM1 juta oleh bekas isterinya itu. Difahamkan, Lufya Omar membuat tuntutan mutaah itu pada Oktober tahun lalu di mana ia merupakan saguhati bekas suami kepada bekas isteri selepas bercerai.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertik tok