“Kita kena menjaga hati isteri…”- Azlee Senario

Sponsored

Terdapat pelbagai isu rumah tangga yang mendapat perhatian di media sosial dimana ada yang mengundang kemarahan ramai. Walau bagaimanapun, terharu peminat pelawak terkenal iaitu Azlee Senario apabila dia memuat naik gelagat sweet dia dan isteri.

Azlee Senario atau nama penuhnya Mohd Azlee Jaafar menerusi satu muat naik di aplikasi TikTok berkongsikan dua keping foto yang mana dia tersenyum gembira disisi isteri, Aslinda Ayob. Siap berjalan berpimpinan tangan.

Sponsored

Walau bagaimanapun lebih membuatkan peminat juga respect terhadap pelawak terkenal ini apabila dia menulis kapsyen panjang tentang isteri yang kena dijaga hatinya. Apatah lagi wanita bergelar isteri itulah yang selalu menyediakan makan, basuh baju dan menjaga anak-anak.

“Kita kena menjaga hati seorang isteri, yang selalu menyediakan makanan untuk kita, basuh baju kita, menjaga anak-anak kita. Ya Allah kau rahmati lah isteriku Aslinda Ayob. Gembirakan hatinya dan jadi kan lah ia isteri yang soleha. Aamin.”

Sponsored
@azleesenariochane

macam pernah ku lihat tapi dimana ya…..he he #PasanganBahagia

♬ Kenangan Terindah – SAMSONS

Perkongsian Azlee Senario itu dihujani dengan komen pujian oleh peminat yang menjadikan dia contoh buat kaum lelaki yang dapat dicontohi yang mana isteri dijaga dengan baik.

“Terbaik abang Azlee, contoh terbaik untuk kaum lelaki macam saya contohi, jaga isteri dengan baik”

Sponsored

“Bang respect tapi paling respect stail rambut abang dari dulu sampai sekarang flat top”

“Semoga abang Azlee dan isteri kekal bahagia hingga syurga…”

“Saya setuju dengan abang Azli, semoga bahagia hingga akhir hayat. Aminn”