Rancangan Studio Sembang yang dikendalikan oleh pelakon dan pengacara jelita, Amelia Henderson nampaknya saban minggu menarik tumpuan ramai peminatnya apabila ia menampilkan beberapa selebriti yang juga merupakan rakan selebriti Amelia Henderson sendiri di rancangan tersebut.
Temubual mereka dengan berbicara pelbagai topik menarik tentang kerjaya mahupun kisah diri selebriti yang menjadi tetamu jemputan mencetuskan rancangan ini semakin mencuri tumpuan peminat malah adik kepada Amelia Henderson yang dikenali sebagai Alex turut dijemput dirancangan tersebut baru-baru ini.
Kali ini bersama Julia Farhana
Manakala dalam episod minggu baru ini pula, pelakon Julia Farhana menjadi tetamu jemputan Amelia Henderson. Seperti biasa, berbual pelbagai topik terdapat pula satu momen lucu yang ternyata turut mengundang tawa buat warganet selepas ia juga tular di media sosial.
Amelia Henderson yang sentiasa mendapat perhatian ramai dengan kecantikannya membuatkan ramai tercuit hati pula dengan kecomelannya apabila terkejut mendengarkan jawapan Julia Farhana selepas ditanyakan soalan yang mana dalam pada masa sama mengundang dia terkejut.
Reaksi terkejut Amelia Henderson jadi tumpuan
Nampaknya Amelia Henderson yang tidak semena-mena terkejut itu membuatkan kecomelannya mengundang tawa peminat disamping ada yang mengulang tayang menonton gelagatnya dengan Julia Farhana dalam episod tersebut dalam Studio Sembang.
‘Dengan i sekali terkejut’

‘Banyak kali aku ulang nak bagi Amelia terkejut’

‘Hahahaha’
