Elly Mazlein atau turut popular dengan panggilan Kak Lina Pompom boleh dikatakan semakin hari menjadi selebriti kegemaran ramai peminat. Meskipun dahulunya dia membuatkan ramai tak kering gusi kerana lakonannya dalam drama Kampung People tetapi ternyata bakatnya dalam bidang mengacara semakin mencuri tumpuan umum.
Ia terbukti juga dalam rancangan Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) yang baru sahaja melabuhkan tirai pada Ahad lalu. Penangan Kak Lina digandingkan dengan Nabil Ahmad dalam rancangan tersebut membuatkan dia saban minggu viral dan mencuit hati netizen di Malaysia.
Kini hangat jadi perhatian ramai
Mana tidaknya, lawak spontan Kak Lina sangat mengundang dekah ramai. Meskipun begitu, dalam rancangan Gegar Vaganza juga peminat dapat mendengar suara merdu Kak Lina sekali gus dapat mengubati kerinduan peminat ketika dia menjadi antara salah seorang penyanyi wanita popular sekitar tahun 2000.
Namun begitu, penangan Kak Lina yang kini sedang menjadi fenomena membuatkan salah satu video nyanyiannya di rancangan Big Stage kembali tular apabila suaranya begitu menarik perhatian ramai.
Video Kak Lina nyanyi kembali tular
Suara Kak Lina nyanyi sebuah lagu dihadapan Ajai ini membuatkan ramai memberikan pujian terhadapnya yang mana klip video pendek tersebut juga hampir ditonton 1 juta kali.
‘Sedapnya suara’

‘Kak Lina Pompom terbaiklah’

‘Alahai sedap suara Kak Lina’

‘Sedap pulak dia nyanyi’

