Bukan mudah untuk merancang kejutan hari jadi kerana ia mengambil masa yang lama untuk membuat persiapan. Sama macam perkongsian yang tular di Tik Tok ini apabila seorang suami cuba memberikan kejutan hari jadi buat isteri tersayang.
Berbeza dengan kejutan yang biasa dilihat, lelaki ini mengambil keputusan untuk memberikan wang tunai sahaja namun dengan cara yang berbeza. Di dalam video tersebut, dia telah meninggalkan beberapa keping RM50 di merata-rata tempat dalam rumahnya.
Menurutnya, disebabkan dia tidak berapa sihat dia memilih untuk memberikan kejutan yang lain sempena hari jadi isterinya itu. Turut kelihatan, dia meletakkan beberapa wang tunai yang disorokkan di lokasi yang berbeza-beza.
Antaranya dia meletakkan duit tersebut di dalam peralatan dan perkakas rumah seperti microwave, mesin basuh dan peti sejuk. Malah sekali pandang, kesemua duit yang disorokkan itu seolah-olah satu pertandingan ‘treasure hunt’ yang perlu dicari oleh isterinya.
“Setiap tahun kami selalu surprise each other. Tapi untuk birthday tahun ni saya tak sihat pula. Seminggu tak sihat, sakit tekak dan demam on-off.”
Menurut lelaki itu, dia dan isteri sering melakukan kejutan untuk ulang tahun kelahiran masing-masing semenjak mereka berkahwin. Namun kali ini, mereka tidak dapat menyambutnya di luar seperti biasa kerana keadaannya yang kurang sihat.
Perkongsian tersebut turut menjadi bualan ramai sehinggakan video itu menerima lebih tiga juta tontonan setakat ini. Malah rata-rata netizen turut kagum melihat usaha dan kegigihan suami ini menghargai isterinya walaupun hanya dengan kejutan yang dibuat di rumah.
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.