“Kalau berminat jangan segan silu”- Iman Troye dedah status ‘single’, peminat tak percaya

Sponsored

Ramai wanita mahupun lelaki menghargai pasangan mereka sejak beberapa hari ini dengan diberikan hadiah ataupun meluangkan masa dengan kejutan tersendiri malah beberapa selebriti juga turut menerima hadiah istimewa daripada pasangan mereka.

Walau bagaimanapun, hantaran beberapa keping foto oleh penyanyi popular dengan panggilan Iman Troye atau nama sebenarnya Siti Nur Alyssa Sahabudin mencuri tumpuan ramai apabila dia mendedahkan status dirinya yang difahamkan masih single.

Sponsored

“Semua busy appreciate partner harini. While me still single and alone. Many more years to go like this. Kalau berminat jangan segan silu untuk slide to my dms! Belum cuba belum tahu,” tulis Iman Troye di hantarannya itu yang membuatkan ada peminat tidak percaya dia berstatus single.

Iman Troye berkata ramai yang sibuk menghargai partner masing-masing namun dia tidak kerana masih single dan alone. Namun begitu, dia juga sporting mengatakan jika ada yang berminat jangan segan untuk menghantar ‘dm’ kepada dirinya.

Sponsored

Iman Troye selain popular sebagai penyanyi, dia juga merupakan salah seorang pempengaruh di Instagram dan setiap posting dikongsikan tentu sahaja mencuri tumpuan ramai peminat dan pengikutnya. Meskipun begitu, berkongsikan status dirinya yang masih single, ada juga yang tidak percaya.

‘Iya kak Wani, nak calon satu pwish’

Sponsored

‘Nipu gak single’

‘Eceh eceh alone konon’

‘Heran sungguh la orang single ni ramai lawa-lawa’