“Kalau Terjumpa Tolong Jangan Buat Muka Sedih, Kalau Nampak Saya Akan Nangis”, – Isteri ND Lala

Sponsored

Sebelum ini, perkongsian dari Syada Amzah mengenai sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini membuatkan ramai yang sebak melihatnya. Malah netizen turut bersimpati dengan nasib isteri kepada Datuk ND Lala, Datin Fauziah yang akur dengan ketiadaan suaminya untuk raya tahun ini.

Bukan itu sahaja, Syada turut berkongsikan ibunya juga tidak boleh mendengar lagu raya yang sedih kerana pasti akan terkenang kepada nasib keluarganya yang terpaksa beraya tanpa seorang bapa dan suami.

Sponsored

Terbaru, Datin Fauziah memuat naik satu perkongsian di Instagram Story di mana dia meminta ahli keluarga atau sesiapa yang mengenalinya untuk tidak menunjukkan rasa simpati atau reaksi sedih jika bertemu dengannya kelak.

Ujarnya, dia akan berasa lebih sedih jika ada yang menunjukkan rasa simpati dengan konflik rumah tangga yang dihadapinya kini. Sebaliknya, dia meminta orang ramai untuk menghadiahkan senyuman yang manis bagi menggembirakan hatinya yang sedang berduka.

Sponsored

“Pada keluarga, sahabat-sahabat dan sesiapa di luar sana yang mengenali saya. Kalau terjumpa tolong jangan buat muka sedih. Kalau saya nampak muka sedih kalian saya akan nangis. Sedekahkan saya senyuman paling manis. Saya akan senyum pada anda.”

Terdahulu, Syada meluahkan rasa sebak apabila kali ini mereka sekeluarga meraikan Hari Raya Aidilfitri tanpa kehadiran bapa, ND Lala. Lebih menyedihkan, ibunya juga tidak dapat menahan perasaan sedih dan menangis di dalam kereta semasa dia dan Datin Fauziah bersalaman hari raya.

Sponsored

Adik kepada Shila Amzah ini memaklumkan ahli keluarganya tidak dapat menghubungi bapa mereka dan tidak mengetahui di manakah keberadaannya kini. Namun baru-baru ini, tular video di mana ND Lala dilihat menghadiri jamuan raya yang diadakan di kediaman pelakon veteran, Kazar Saisi.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumberinstagram