Duit Raya Bilal Tahun Lepas RM14K, Neelofa Tak Fikir Tentang Jumlah Tahun Ini, “Saya Tidaklah Terlalu Berharap…”

Sponsored

Selebriti dan usahawan, Neelofa mendedahkan anaknya iaitu Muhammad Bilal telah menerima kutipan duit raya sebanyak RM14,000 semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun lalu. Neelofa mengakui dia dan suami, Haris Ismail berasa terkejut apabila mengetahui jumlah tersebut.

Untuk Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini, Neelofa memberitahu dia tidak meletakkan harapan yang tinggi dan menyerahkan soal itu kepada rezeki. Malah dia juga tidak ada meletakkan sebarang jumlah sasaran mengenai jumlah duit raya yang bakal diterima anaknya.

Sponsored

“Saya tidak minta pun. Jumlah yang diterima tahun lalu adalah rezeki dia. Ketika itu, Bilal baru empat bulan dilahirkan. Jadi, ramai orang beri perhatian kepadanya. Saya tidaklah terlalu berharap orang bagi duit raya kepada Bilal tahun ini. Ada rezeki, Alhamdulillah.”

Dalam masa yang sama, Neelofa mengatakan dia lebih mementingkan sambutan semasa bulan Ramadan berbanding Syawal selepas diajari oleh suaminya. Menurutnya, keluarga Haris juga lebih menyambut bulan Ramadan dengan meriah dan menyambut Aidilfitri dengan penuh kesederhanaan.

Sponsored

“Disebabkan itu, setiap tahun keluarga Haris menyambut Ramadan dengan meriah, di mana malam sebelum puasa itu mereka mengadakan kenduri dan memberi orang makan. Itu cara yang sepatutnya di mana saya baru tahu.”

Neelofa yang kini sedang berbadan dua memberitahu tahun ini dia dan keluarga tidak keterlaluan dalam berbelanja untuk persiapan Aidilfitri. Usahawan itu turut meluahkan rasa syukur apabila proses kehamilannya kali ini lebih mudah di mana dia mempunyai tenaga serta kudrat untuk melakukan tugas harian.

Sponsored

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.