Kena Marah Dengan Mak, Aliff Syukri Serahkan Balik Takhta Penyanyi Nombor Satu Pada Tokti

Sponsored

Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri sebelum ini meluahkan rasa teruja apabila Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui bakatnya sebagai penyanyi nombor satu negara. Namun usahawan itu telah menerima kecaman dari netizen yang mempersoalkan semula bakat nyanyiannya.

Baru-baru ini pula, Aliff Syukri kembali berdebat semula dengan ibunya Bonda Rozita mengenai takhta sebagai penyanyi nombor satu negara itu. Menurut Bonda Rozita, dia membantah tindakan anaknya yang mahu mengumumkan kepada ramai bahawa dia merupakan penyanyi nombor satu mengalahkan Tokti.

Sponsored

“Maaflah Siti, anak saya memang macam itu. Dia tahu kamu penyanyi nombor satu. Kau tak baik Syukri, orang menyampah dengan kau nanti. Kau tak malu ke? Kalau Siti semua orang akui dan berapa banyak anugerah dia dapat, kau dapat anugerah apa? Kecaman sahaja.”

@butik.ashijab

Dileksia Aliff Syukri susah ingat, susah menyebut satu perkataan, tp kompiden dia xboleh ajak bincang – Bonda ingat masa dia masuk kolej belajar bahasa english kat Taylor Collage, balik rumah dia mengadu yg cikgu tu xpaham2 *sy dah sebut dgn betul, tp cikgu tu yg salah – lepas tu kan Mak.. sy ajar cikgu tu cara sebut yg betul (cikgu ni mat saleh tau tak ) – Dia marah dan nak berhenti sekolah dia kata cikgu tu yg bodoh..!! Sy nangis gelakan cara dia explain pd sy, wahai Allah berikan anak sy ni kebaikan dunia – akhiratnya yg tak terjangkau dek akal sy membetulkannya Dia mudah sentap dgn sy, Sy xboleh cakap dia xpandai sekolah dia akn sakit hati.. Walau dia dapat result D atau G – dia tetap yakin menjawab pd sy mak ni ingat sy bodoh tengok subjek lain semua ok..!! Sy Pandang sudut baik dia, kelemahan dia sebenarnya ialah kelebihan pd dirinya – dan kami bertabah hati dgn kerenah dia sanggup usik @ctdk_official maaf sgt2 dia xbermaksud begitu sebenarnya ya Dato Siti Dia main2 je maafkan dia dato siti ya Kri ni pelawak dan selamba kalau sakat org – arwah Mak sayang sgt dia ni – dia suka kawan Makcik2 tua – sakat orang mmg hobi dia..!! #dileksia #fyp #funny #bondarozitaibrahim #ibondarozitaibrahim #dherbsterlajaklaris #terlajaklaris

♬ original sound – BUTIK AS HIJAB – BUTIK AS HIJAB

Dalam masa yang sama, Bonda Rozita turut memohon maaf kepada Tokti dan meluahkan rasa syukur apabila penyanyi itu tidak terasa hati dengan anaknya. Selepas dimarahi oleh ibunya ini, Aliff Syukri akhirnya tampil membuat permohonan maaf kepada Tokti dan menyerahkan semula gelaran penyanyi nombor satu negara itu.

Sponsored

“Siti Nurhaliza, saya minta maaf kerana tidak sengaja melukakan hati awak. Sekarang disebabkan mak saya dah marah, saya jadi dekat belakang awak lah. Awak nombor satu. Saya serahkan saya punya anugerah saya kepada awak.”

Namun Aliff Syukri menegaskan dia kini menjadi penyanyi nombor dua negara iaitu di belakang Siti Nurhaliza yang kembali menjadi penyanyi nombor satu negara. Usahawan itu turut memaklumkan dia tidak akan merebut semula gelaran tersebut dan reda dengan keputusan itu.

Sponsored

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertik tok