Kejadian lucu spontan berlaku, Amyra Rosli & Redza Rosli buat ramai gelak besar

Sponsored

Sebut sahaja nama pelakon, Amyra Rosli tentu ramai yang meminati lakonannya di kaca televisyen. Sejak membintangi drama Nur, lakonan Amyra Rosli semakin dinanti-nantikan oleh peminat drama tempatan sehingga beberapa kali memegang watak utama.

Namun begitu, semakin teruja pula peminat Amyra Rosli apabila dia berkongsikan video disebalik tabir lakonannya dalam sebuah drama terbaharu berjudul Kerasnya Takdir. Difahamkan ia merupakan sebuah drama adaptasi daripada sebuah novel.

Sponsored

Drama baharu Amyra Rosli raih perhatian ramai

Lebih menariknya ternyata buat pertama kali, Amyra Rosli bakal bergandingan dengan pelakon lelaki kesukaan peminat drama tempatan iaitu Redza Rosli. Selain Amyra Rosli, lakonan Redza Rosli juga antara diminati penonton drama di kaca televisyen.

Sponsored

Menerusi Instagram bagaimanapun, Amyra Rosli dilihat memuat naik video disebalik tabir lakonan dia bersama pelakon tersebut. Namun begitu, kejadian lucu spontan terjadi antara mereka itu mencetuskan suasana bertukar menjadi kelakar.

“Bloopers Kerasnya Takdir,” tulis Amyra Rosli ringkas diruangan kapsyen yang mana selain dirinya yang terhibur dengan situasi spontan terjadi bersama Redza Rosli itu, warganet juga terhibur dan tidak menyangka sempat pula beg dipakai Amyra Rosli tersangkut ketika sedang menhayati watak.

Sponsored

‘Sangkut beg tu, hahaha kena gelak’

‘Nak gerak tak boleh ke tuu’

‘Hahahaha comel betul’

‘Hahahaha adoihh. Ya Allah macam mana tali beg boleh tersangkut tu. Kelakarlah’