“Sekrg musim penyondol membiak”- Kongsi foto suami, peminat minta Elfira Loy jaga2

Sponsored

Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan pelakon jelita, Elfira Loy yang kini bahagia disisi suami, Fariz Khairul dan sepasang cahaya matanya, Rayyan, 4, dan Aira. Sejak mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hatinya serta menjadi ibu kepada dua orang anak, Elfira Loy kini sudah tidak lagi aktif sebagai pelakon.

Namun begitu, Elfira Loy yang mempunyai lebih lima juta pengikut menerusi ruangan Instagram peribadinya menggunakan platform tersebut untuk berkongsikan perkembangan dirinya dan keluarga terutama tentang anak-anaknya.

Sponsored

Elfira Loy bagaimanapun terbaharu berkongsikan pula momen dimana dia sempat melihat adiknya, Ahmad Ezzrin Loy yang menyertai race di Sepang. Dia juga menyertakan dua keping foto bersama seorang jejaka dan sempat berseloroh diruangan kapsyen.

“Haritu tengok Ahmad Ezrrin Loy race dekat Sepang, tengah tengah tangkap gambar ada sorang mamat ni hanshem tengah lalu belakang i. Cuba korang tag kalau kenal, siapa ek,” tulis Elfira Loy diruangan kapsyen.

Sponsored

Katanya ketika dia tengah mengambil gambar terdapat seorang jejaka hensem yang lalu dibelakangnya, dan sempat dia meminta semua untuk tag namanya jika kenal. Seloroh Elfira Loy itu ternyata mengundang tawa ramai apabila jejaka hensem tersebut adalah suami dia sendiri. Namun begitu, peminat sempat menasihati agar Elfira Loy berjaga-jaga kerana bimbang akan ‘penyondol’.

‘Jaga-jaga El, sekarang musim…’

Sponsored

‘Tak leh tag kuban-kuban Elfira Loy kang…’