Wanita yang kini rapat dengan pelawak dan usahawan terkenal, Shuib Sepahtu iaitu wanita dikenali dengan nama Watie Hanifiah seringkali menjadi sorotan ramai di media sosial. Setiap perkongsian Watie ternyata selepas semakin terbuka Shuib mengenai dirinya dengan wanita terbabit menyebabkan dia sering mendapat perhatian.
Watie bagaimanapun tidak disangka-sangka juga menerima komen kritikan yang pelbagai sehingga acap kali viral di media sosial. Namun begitu, terbaharu posting Watie yang dikongsikan menerusi Instagram ternyata mendapat perhatian sekali lagi.
Memandangkan dirinya sering dihentam dan dikomen ramai, Watie memuat naik satu rakaman video pendek yang memaparkan dia mengunakan filter janggut bagi menyifatkan dirinya yang sehinggakan berjanggut menunggu dia tidak lagi dihentam.
Memuaskan hati ramai bukanlah satu perkara yang mudah, begitulah juga yang berlaku terhadap Watie yang kini dikenali sebagai kenalan istimewa pelawak dan usahawan terkenal, Shuib Sepahtu. Jadi netizen diruangan komen posting dikongsikan Watie ini menasihatinya agar membiarkan sahaja mereka.
“Waiting people to stop commenting & hentam me, be like…”
Ternyata diruangan komen juga, ada yang memberitahu Watie jika dia dan Shuib kahwin cepat mungkin mereka akan diam. Muat naik Watie dalam pada masa sama turut mengundang kebanyakannya juga tercuit hati apabila melihat dia menggunakan filter janggut.
‘Kenapa lah ada orang hentam sis eh? Tak buat apa-apa…’
‘Biarkan je diorang tu…’
‘Lama tunggu ni sampai berjangut cara ni’
‘Lama-lama nanti diam ar tuh’