Kemelut Rumah Tangga, Fikiran Syamsul Yusof Kusut & Terganggu Di Set Penggambaran, “Dia Tak Mahu Diganggu…”

Sponsored

Walaupun sentiasa nampak tenang di media sosial, namun Penerbit Eksekutif Razor Edge Pictures iaitu Datuk Saniboey Mohd. Ismail memberitahu Syamsul Yusof nampak terganggu di set penggambaran dengan kemelut rumah tangganya.

Saniboey memberitahu walaupun Syamsul tidak pernah berkongsikan masalah peribadinya itu namun dia dapat menghidu pengarah itu dalam keadaan yang dilema dan kusut susulan masalahnya itu. Difahamkan, pengarah itu kini sibuk mengarahkan filem terbarunya, The Original Gangster pada ketika ini.

Sponsored

Malah penerbit itu memberitahu buat masa ini, Syamsul enggan diganggu kerana mahu memberi fokus terhadap pembikinan filem tersebut. Tambahan pula, dia masih mempunyai banyak baki penggambaran yang perlu diselesaikan oleh pengarah berusia 39 tahun itu.

“Buat masa ini, apa yang boleh saya katakan, dia tak mahu diganggu di set penggambaran. Rasanya ramai yang tahu, dia kini sedang sibuk. Saya tak campur urusan peribadinya tetapi tak dinafikan, memang boleh tahu. Fokusnya sedikit terganggu…”

Sponsored

Dalam masa yang sama, Saniboey mengakui kontroversi rumah tangga yang berlaku di antara Syamsul dan isterinya, Puteri Sarah sedikit sebanyak menganggu progres di set penggambaran namun semuanya masih dapat dikawal dengan baik.

Walaupun dilanda dengan masalah peribadi, penerbit itu meluahkan rasa kagum dengan Syamsul yang sentiasa kelihatan bersemangat dan profesional dalam menjalankan tugasnya itu. Malah menurutnya, profesionalisme Syamsul semasa mengarah filem memang tidak dapat disangkal.

Sponsored

Sekadar info, filem The Original Gangster merupakan filem pertama arahan Syamsul Yusof di bawah syarikatnya sendiri iaitu Syamsul Yusof Films Sdn Bhd. Filem ini turut dibarisi pelakon hebat seperti Datuk Rosyam Nor, Beto Kusyairi, Hairul Azreen, Shahiezy Sam dan Soffi Jikan.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumberutusan