Syamsul Yusof Ambil Langkah Berdiam Diri, Hanya Kongsi Gambar Anak-Anak Di Instagram

Sponsored

Macam yang semua sedia maklum, semalam pelakon Puteri Sarah telah memfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya, Syamsul Yusof di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur. Difahamkan, tarikh sebutan pertama kes akan berlangsung pada 7 Mac akan datang iaitu sehari sebelum tarikh ulang tahun perkahwinan pasangan itu.

Sejak semalam juga, tular di media sosial pelbagai perkongsian mengenai Puteri Sarah namun tiada sebarang respon yang dikongsikan oleh pengarah filem itu. Syamsul Yusof dikatakan mengambil langkah berdiam diri selain tidak dapat dihubungi oleh pihak media.

Sponsored

Menurut sumber, pihak media cuba menghubungi Syamsul yang kini sedang melakukan penggambaran bagi filem terbarunya, The Original Gangster. Namun semua cubaan itu gagal apabila pengarah filem itu tidak mengangkat panggilan mahupun membalas mesej di aplikasi WhatsApp.

Muat naik gambar anak-anak

Berdasarkan tinjaun di akaun Instagram Syamsul Yusof pula, tiada sebarang respon diberikan terhadap tindakan isteri pertamanya itu. Sebaliknya Syamsul hanya memuat naik gambar kedua-dua anaknya, Syaikhul Islam dan Sumayyah menerusi hantaran di Instagram Story.

Sponsored

Dalam hantaran yang sama, Syamsul turut memuat naik kapsyen “Always” bersama emoji berbentuk hati. Semalam, Puteri Sarah meluahkan rasa lega apabila dia selesai memfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya selepas kemelut rumah tangga mereka yang mula diperkatakan sejak empat tahun lalu.

Sebelum ini, Syamsul telah menikahi isteri keduanya, Ira Kazar di sempadan Thailand dan meminta Puteri Sarah untuk pulang bagi berbincang masalah mereka. Sekadar info, pasangan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan perkahwinan mereka itu dikurniakan dua cahaya mata.

Sponsored

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.