Baru sahaja mula tayangan episod pertama semalam, drama judul Akira Khan ini telah pun mendapat perhatian umum. Bukan itu sahaja, sebelum mula tayangan lagi ramai yang sudah teruja untuk menyaksikan drama adaptasi dari novel dengan judul sama ini.
Antara pelakon hebat yang membintangi drama ini adalah Kamal Adli, Uqasha Senrose, Maria Farida, Julia Farhana, Isma Daniel dan ramai lagi. Menariknya mengenai drama tempatan ini adalah sebahagian penggambarannya dibuat di Pakistan.
Malah baru-baru ini perkongsian babak di mana Maria Farida cakap Bahasa Urdu dalam drama ini telah mencuri perhatian ramai. Dalam kisah ini, Maria Farida berlakon sebagai Fareeda.
Berikut adalah perkongsian rakaman babak tersebut dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dan telah membuatkan ramai teruja menyaksikannya:
Wow, susah juga ya nak berlakon dengan bahasa yang bukan biasa digunakan sehari-hari seperti ini! Namun Maria Farida cakap Bahasa Urdu ini telah usaha sebaik mungkin.
Malah di ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan pelbagai reaksi mengenai perkongsian babak berkenaan. Berikut antaranya:
“Sedap suara Maria Farida ni cakap Hindi. Kalau ada yang betul2 ajar lenggok bercakap mesti gempak gila..Ni pun dah sedap dengar suara dia..”
“Bagi aku respect semua yang dia cakap at least dia boleh bertutur dalam bahasa tu. Kalau aku nohh naya Pak Karim 7 hari 7 malam hapai tak abih mat”
“Susah weh nak hafal skrip dah la bahasa lain haha”
“Mesti susah woo nak hafal skrip tu”