“Comel lah diorang ni”- Video Aprena Manrose & Nelydia Senrose jadi tumpuan peminat

Sponsored

Aprena Manrose dan Nelydia Senrose merupakan antara pelakon kegemaran ramai. Kedua-duanya yang kini tampil dengan imej berhijab membuatkan kedua-dua selebriti jelita ini semakin menjadi sorotan ramai. Seperti yang diketahui, Aprena Manrose dan Nelydia Senrose merupakan sepupu.

Jadi melihatkan mereka meluangkan masa bersama bukanlah satu perkara yang pelik malah membuatkan ramai tertarik dengan kedua-duanya. Menerusi satu muat naik ini pula, Nelydia Senrose dan adik kepada pelakon, Oktovia Manrose mengundang ramai peminat tertarik.

Sponsored

Sepupu selebriti jadi tumpuan

Ini kerana, Nelydia Senrose dan Aprena Manrose sempat buat hal apabila meluangkan masa di sebuah kedai makan. Sedang asyik makan, Nelydia Senrose dilihat menyuap sepupunya itu yang berada disebelah. Gelagat mereka yang dirakam itu ternyata turut mencuit hati ramai.

Sponsored

Mana tidaknya, adik kepada pelakon Uqasha Senrose itu sempat buat hal dengan Aprena Manrose dengan membuat pelbagai gelagat lucu yang mana pemilik akaun juga berkata mereka adalah sepupu yang kelakar apatah lagi apabila dapat berjumpa tentu ada-ada sahaja dilakukan mereka.

Gelagat lucu cuit hati peminat

Sponsored

Meskipun begitu, hantaran video tersebut membuatkan peminat juga memuji kecomelan kedua-dua pelakon berkenaan sehingga rakaman itu juga ditonton ribuan kali selepas dimuat naik beberapa jam yang lalu.

‘Dua dua cantik’

‘Sorang comel sorang cantik, cantik manis Nelydia…’

Aprena Manrose

‘Comel betul dedua’

‘Comel nya dua orang ni’