Seperti biasa pada minggu akhir rancangan popular, Gegar Vaganza akan ada enam penyanyi bertanding di pentas untuk memegang gelaran juara. Pada tahun lalu, penyanyi Aliff Aziz dinobatkan sebagai juara GV8 apabila diikuti Nikki Palikat dan Suki Low memegang gelaran naib juara dan tempat ketiga.
Pada tahun ini pula, penonton Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) dapat menyaksikan enam penyanyi yang bertanding di peringkat akhir iaitu Shila Amzah, Jaclyn Victor, Tomok, Bob Yusof, Hazrul Nizam dan kumpulan V.E dimana malam ini merupakan penentuan bagi gelaran juara GV9.
Juara GV9 bawa pulang wang tunai RM100,000
Umum diketahui, bagi gelaran juara akan membawa pulang wang tunai RM100,000 manakala naib juara pula meraih RM50,000, tempat ketiga menerima RM30,000 dan tempat keempat, kelima serta keenam masing-masing akan membawa pulang wang tunai RM20,000, RM 15,000 dan RM10,000.
Juara: Jaclyn Victor
Naib juara: Bob Yusof
Tempat ketiga: Shila Amzah
Tempat keempat:Tomok
Tempat kelima: V.E
Tempat Keenam: Hazrul Nizam
Keputusan penuh GV9
Berikut merupakan keputusan penuh rancangan Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) yang dihoskan oleh Kak Lina Pompom atau Elly Mazlein bersama Nabil Ahmad yang diumumkan sebentar tadi dimana ia disiarkan di Astro Ria pada jam 9 malam. Tahniah diucapkan bagi semua pemenang!
Sekadar info, Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) dijurikan oleh Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Shafinaz Selamat yang menemui penonton selama 10 minggu.
Sumber: Instagram Astro Gempak