“Kita beli tudung…”- Video Zarina Anjoulie dan teman lelaki terima ‘ribuan’ komen positif peminat

Sponsored

Baru-baru ini beberapa rakaman video pelakon, Zarina Anjoulie dan seorang lelaki yang dipercayai teman lelakinya dikenali sebagai Datuk Seri Khazrul Elzey yang dikongsikan menjadi perhatian ramai dimana rata-rata netizen tumpang gembira melihat kebahagiaan mereka.

Walau bagaimanapun, terbaharu pula satu rakaman video yang dikongsikan disatu akaun ini membuatkan Zarina Anjoulie dan teman lelaki mencuri tumpuan ribuan warganet. Perkongsian tersebut juga mencetuskan Zarina Anjoulie atau turut mesra dipanggil Anju menerima ‘ribuan’ komen positif ramai.

Sponsored

Video Zarina Anjoulie dan teman lelaki jadi tumpuan ramai

Menerusi klip video yang dikongsikan, Zarina Anjoulie dirakam lelaki tersebut, mereka kelihatan cukup bahagia malah ada satu momen Anju menjawab ‘ya’ terhadapnya apabila mahu dibelikan tudung. Dalam hantaran dikongsikan itu juga ditulis kapsyen, “Sayang you dunia dan akhirat.”

Sponsored

Buat peminat yang sering mengikuti perkembangan Zarina Anjoulie cukup bahagia melihatkan kegembiraan pelakon ini yang dikatakan akhirnya berjumpa lelaki yang tepat dan ikhlas menyayanginya.

Jumpa lelaki yang tepat, peminat doakan Zarina Anjoulie

Sponsored

Melalui ruangan komen, Zarina Anjoulie menerima ribuan reaksi peminat yang mendoakan kebahagiaan dia dan lelaki tersebut disamping hantaran tersebut dalam pada masa sama menerima lebih 70,000 tanda suka ramai.

‘Anju boleh dididik sebab dia baik’

Zarina Anjoulie

‘Akan bahagia bila tiba masanya dengan orang yang paling tepat’

‘Alhamdulillah right person dah tu, takpa pelan-pelan ubahkan…’