“Kita Nak Hidup Tenang, Tak Nak Bermusuh,” Puteri Sarah Dedah Berbincang Dengan Syamsul

Sponsored

Pagi ini pasangan selebriti kontroversi, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur bagi sebutan perbicaraan kes cerai mereka.

Dilihat kedua-duanya tenang setelah tiba di perkarangan mahkamah tersebut, penampilan Puteri Sarah hadir dengan berpakaian serba putih turut menjadi perhatian ramai.

Sponsored

Menemui Puteri Sarah selepas perbicaraan tersebut sambil ditemani peguamnya, Puteri Sarah dedah berbincang dengan Syamsul semalam, pada Ahad dan menemui kata sepakat bersama.

“Semalam kami dah berjumpa dan kami dah berbincang dan kami dah capai kata sepakat. Alhamdulillah semua dah dipersetujui. Alhamdulillah bulan Ramadan bulan barakah.”

Sponsored

Tambah Puteri Sarah dedah berbincang dengan Syamsul ini adalah untuk mendapat kata sepakat dan mahu semuanya berakhir dengan baik. Katanya ia demi anak-anak mereka yang masih kecil dan Sarah juga mahukan kehidupan yang tenang.

Bagaimanapun, kes penceraian Puteri Sarah dan Syamsul Yusof ini masih belum selesai. Kata Sarah, nanti Syamsul akan tarik semula pemfailan nusyuz terhadapnya.

Sponsored

“Kita cuma nak berakhir dengan tenang. Kita tak nak bergaduh. Sarah nak ketenangan,” jelas Puteri Sarah yang menjelaskan terbuka hati untuk bertemu Syamsul Yusof.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet kagum dengan Puteri Sarah yang dilihat tenang menjawab segala soalan yang diajukan kepadanya.

“Sarah sudah bersedia hadapi segalanya”

“Betul tu… Alhamdulillah yang jenis dendam dan takut bayang2 sendiri payah..Semoga single mom semua terus kuat”

“Kita nak hidup tenang, tak nak bermusuh” suka part ni. Demi anak2 moga dipermudahkan urusan Sarah dan Sol”