Syada Amzah Buat Surat Terbuka Untuk Bapa, Ada Pula Yang Pertikaikan, “Hentikan Lah Sikap Kamu Yang Over…”

Sponsored

Baru-baru ini, penyanyi Syada Amzah ada memuat naik satu surat terbuka kepada bapanya, ND Lala di Instagram. Seperti yang diketahui ramai, rumah tangga ND Lala dan isterinya menjadi bualan ramai susulan kemunculan orang ketiga yang dikatakan sebagai isteri kedua penyanyi veteran itu.

Di dalam surat terbuka itu, Syada meluahkan isi hatinya sempena ulang tahun kelahiran bapanya yang ke 62 tahun. Menurutnya, tiada seorang pun dari ahli keluarganya yang mempunyai akses untuk menghubungi bapa mereka menyebabkan dia terpaksa memuat naik ucapan itu di media sosial.

Sponsored

“Bagi pihak semua adik beradik yang saya ada, kami sudah menerima kenyataan bahawa apabila kamu memilih untuk pergi, sekali lagi, kamu tidak memilih kami. Kami sudah lama tahu tetapi sekarang kami tahu semuanya jelas.”

Perkongsian dari Syada ini turut meraih perhatian ramai di mana rata-ratanya turut berasa sebak melihat luahan hati dari anak kepada ND Lala ini. Dalam masa yang sama, netizen turut memberikan kata-kata semangat buat Syada dan mendoakan gadis itu kuat menghadapi dugaan tersebut.

Sponsored

Ada yang pertikaikan

Walau bagaimanapun, ada juga yang mempertikaikan tindakan Syada memuat naik kenyataan tersebut di Instagram. Menurut mereka, Syada sering kali bersikap ‘over’ setiap kali berlakunya kontroversi melibatkan ahli keluarganya sama seperti yang pernah dilakukannya satu ketika dahulu.

“Dia wali kamu, Shibai (Shila dan Ubai) pun tak lama lagi nak menikah katanya. So jangan malukan orang tua kamu dengan caption yang mengundang umpatan netizen. Hentikanlah sikap kamu yang selalu over bila ada kaitan family lagi-lagi bila terkait nama Sharnaaz.”

Sponsored

“Patut dah besar lebih matang. Kadang-kadang kita rasa dikhianati tapi cuba la hormat keputusan ayah tu.”

Malah ada yang turut meminta Syada untuk bersikap lebih matang dalam menghadapi masalah membabitkan keluarganya itu. Terdahulu, isteri kepada ND Lala memuat naik gambar ‘penyondol’ di Instagram dan memperkenalkan wanita itu sebagai isteri kepada suaminya.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.